Anton_Yelchin
Anton_Yelchin

Anton_Yelchin

Anton Viktorovich Yelchin (Bahasa Rusia: Анто́н Ви́кторович Ельчи́н; 11 Mac 1989 - 19 Jun 2016) ialah seorang pelakon lelaki Amerika Syarikat. Beliau mula aktif berlakon pada akhir tahun 1990-an dalam sejumlah siri televisyen dan filem Hollywood seperti Along Came a Spider dan Hearts in Atlantis (keduanya tahun 2001). Yelchin tampil di siri televisyen Huff dan membintangi filem House of D (2005), Alpha Dog (2007), Star Trek (2009), Terminator Salvation (2009), The Smurfs (2011), Fright Night (2011), Like Crazy (2011), dan "Star Trek Beyond" (2016). Peranan Yelchin sebagai Jacob Clark di minisiri Taken garapan Steven Spielberg sangat berpengaruh dalam meningkatkan kerjayanya sebagai pelakon cilik.[1]