Anugerah_Akademi_ke-83
Anugerah_Akademi_ke-83

Anugerah_Akademi_ke-83

Majlis Anugerah Akademi ke-83 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2010 dan berlangsung pada Februari 27, 2011 di Teater Kodak, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Bruce Cohen dan Don Mischer dan diarahkan oleh Mischer.[5][6] James Franco dan Anne Hathaway mengacarakan majlis ini buat kali pertama.[7]Dalam acara-acara berkaitan, Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-2 di Grand Ballroom Pusat Hollywood dan Highland pada November 13, 2010.[8] Pada Februari 12, 2011, dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire, Beverly Hills, California, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Marisa Tomei.[9]Inception dan The King's Speech memenangi empat anugerah dengan The King's Speech memenangi Filem Terbaik.[10][11][12] Pemenang-pemenang yang lain termasuk The Social Network dengan tiga anugerah, Alice in Wonderland, The Fighter dan Toy Story 3 dengan dua anugerah dan Black Swan, God of Love, In a Better World, Inside Job, The Lost Thing, Strangers No More dan The Wolfman memenangi satu anugerah.

Rujukan

WikiPedia: Anugerah_Akademi_ke-83 http://www.cleveland.com/moviebuff/index.ssf/2010/... http://marquee.blogs.cnn.com/2011/02/27/83rd-annua... http://www.dallasnews.com/entertainment/columnists... http://insidemovies.ew.com/2010/11/14/governors-aw... http://insidemovies.ew.com/2011/01/05/monique-osca... http://news-briefs.ew.com/2010/06/22/oscars-academ... http://www.ew.com/article/2010/06/22/oscars-academ... http://www.ew.com/article/2010/08/25/francis-ford-... http://abcnews.go.com/Entertainment/Oscars/robin-r... http://oscar.go.com/