Anugerah_Akademi_ke-88
Anugerah_Akademi_ke-88

Anugerah_Akademi_ke-88

Majlis Anugerah Akademi ke-88 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2015. Majlis ini berlangsung pada Februari 28, 2016 di Teater Dolby, Hollywood, California.[3] Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumunya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh David Hill serta Reginald Hudlin dan diarahkan oleh Glenn Weiss.[4] Chris Rock mengacarakan majlis ini buat kali kedua dimana sebelum ini beliau mengacarakan Anugerah Akademi ke-77 pada tahun 2005.[5]Dalam acara-acara berkaitan, Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-7 di Grand Ballroom Pusat Hollywood dan Highland pada November 14, 2015.[6] Pada Februari 14, 2016, dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire, Beverly Hills, California, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Olivia Munn dan Jason Segel.[7]Mad Max: Fury Road memenangi anugerah terbanyak dengan enam dan The Revenant memenangi tiga anugerah daripada 12 pencalonan. Pemenang-pemenang yang lain termasuk Spotlight yang memenangi dua anugerah termasuk Filem Terbaik manakala A Girl in the River: The Price of Forgiveness, Amy, Bear Story, The Big Short, Bridge of Spies, The Danish Girl, Ex Machina, The Hateful Eight, Inside Out, Room, Son of Saul, Spectre dan Stutterer memenangi satu anugerah.

Rujukan

WikiPedia: Anugerah_Akademi_ke-88 http://www.cnn.com/2016/02/28/entertainment/oscars... http://deadline.com/2015/04/oscars-dates-announced... http://deadline.com/2015/08/oscars-academy-preside... http://deadline.com/2015/09/oscars-david-hill-regi... http://deadline.com/2016/02/spotlight-oscar-winner... http://www.ew.com/article/2016/01/11/oscars-john-k... http://oscar.go.com/ http://oscar.go.com/news/oscar-news/olivia-munn-an... http://oscar.go.com/news/oscar-news/when-are-the-o... http://www.hollywoodreporter.com/lists/oscar-nomin...