Sekilas Anugerah_Bintang_Popular_Berita_Harian_ke-31

Pencalon Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 telah diumumkan pada 25 Ogos 2018.[2] Sementara itu, malam kemuncak anugerah diadakan pada 7 Oktober 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya. Penaja utama ialah Alha Alfa, produk kosmetik tempatan keluaran Syarikat Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd manakala rakan penaja ialah McCafe’. TV3 ialah penyiar televisyen rasmi, sementara Kool FM dan Hot FM ialah stesen radio rasmi, TONTON sebagai platform digital rasmi dan Hijab & Heels sebagai media digital rasmi.[4]

Sebanyak 20 calon pelbagai kategori yang merekodkan jumlah undian tertinggi telah diumumkan pada 13 September 2018. Antara nama yang berada di kelompok teratas ialah Fattah Amin dan pasangannya, Nur Fazura; Khai Bahar, Neelofa, Siti Nordiana, Syafiq Kyle, Wany Hasrita dan Mira Filzah.[5] Undian bagi 13 kategori utama dan lima kategori online yang dibuat melalui laman web ABPBH yang tertinggi diterima sejak sistem undian 100 peratus secara dalam talian diperkenalkan pada ABPBH sebelum ini.[6] Undian bagi 13 kategori utama dan lima kategori online ABPBH31 akan ditutup tepat pada jam 11.59 malam 6 Oktober 2018.[7]

Bagi mempromosikan ABPBH 31, program majlis santai bersama peminat #FANtastik telah diadakan dan pengumuman pra kemuncak di Istana Budaya, pada 22 September 2018.[8] Buat kali pertama dalam sejarah penganjuran ABPBH, sebanyak 20 kelab peminat (FC) artis akan membuka gerai dan menjalankan pelbagai aktiviti bersama selebriti termasuk acara zumba dan Flashmob X Sorak di Laman Santai, yang diadakan bermula jam 9.30 pagi.[9]

Rujukan

WikiPedia: Anugerah_Bintang_Popular_Berita_Harian_ke-31 https://www.youtube.com/watch?v=EQu5CucH8g4 https://www.abpbh.com.my/ https://www.abpbh.com.my/undian/am/artis-baharu-le... https://www.abpbh.com.my/undian/am/artis-baharu-wa... https://www.abpbh.com.my/undian/am/artis-kolaboras... https://www.abpbh.com.my/undian/am/artis-komedi-po... https://www.abpbh.com.my/undian/am/artis-versatil-... https://www.abpbh.com.my/undian/am/pelakon-filem-l... https://www.abpbh.com.my/undian/am/pelakon-filem-w... https://www.abpbh.com.my/undian/am/pelakon-tv-lela...