Anugerah_Industri_Muzik_ke-18

Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) ialah merupakan acara penganugerahan muzik tahunan anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 November 2011. AIM 18 melakar sejarah kerana menggugurkan kategori album terbaik mengikut genre, berubahnya tempat acara dari Pusat Dagangan Dunia Putra kepada Stadium Putra, dan bertukarnya penyiar rasmi dari ntv7 ke Astro.AIM18 merupakan kali pertama dianjurkan sepenuhnya oleh RIM tanpa bantuan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), namun PAIMM bertanggungjawab melantik para pengadil. Majlis penganguerahan ini diacarakan oleh Zizan Razak dan AC Mizal, dengan bantuan Diana Danielle dan Awal Ashaari. Anugerah Album Terbaik pula dirangkul oleh Dato' Sheila Majid dengan "The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid". Anugerah Lagu Terbaik pada mulanya dikurniakan kepada Yuna untuk lagu "Penakut", tetapi tidak lebih dua minggu selepas penganjuran majlis AIM18, anugerah berkenaan ditarik balik daripada Yuna dan diberikan pula kepada "Sedetik Lebih" oleh Anuar Zain[1], dalam salah satu kontroversi tergempar yang pernah melanda AIM. (Rujuk Kontroversi - Lagu Terbaik untuk maklumat lanjut.)Inilah kali pertama penyanyi nombor satu negara , Dato' Siti Nurhaliza tidak menerima pencalonan[2] dalam sebarang kategori dalam AIM setelah memonopoli kebanyakan kategori sejak tahun 1997, kerana beliau tidak mengeluarkan sebarang rakaman muzik sepanjang tempoh kelayakan yang lebih lama daripada biasa (1 Januari 2010 hingga 30 Jun 2011).

Rujukan

WikiPedia: Anugerah_Industri_Muzik_ke-18 http://www.budiey.com/anugerah-lagu-terbaik-aim-18... http://www.budiey.com/finalis-top-5-calon-anugerah... http://www.ohbulan.com/surat-penjelasan-ernst-youn... http://www.ohbulan.com/trofi-yuna-ditarik-semula-k... http://www.yoyooh.com/2011/09/aim18-gabungan-artis... http://www.era.fm/Sensasi/CeritEra/July-2011/AIM-k... http://www.astro.com.my/aim18/ http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/AIM_18... http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Kredib... http://www.hmetro.com.my/articles/PerubahanbesarAI...