Anugerah_Juara_Lagu_ke-21
Anugerah_Juara_Lagu_ke-21

Anugerah_Juara_Lagu_ke-21

Anugerah Juara Lagu ke-21 2006 (AJL 21) adalah sebuah anugerah terbitan TV3 yang mempertandingkan lagu-lagu pencalonan Muzik-muzik yang telah disaringkan untuk membariskan 12 buah lagu terbaik ciptaan penggubah Malaysia pada tahun 2006 sebelum dinobatkan sebagai "Juara Lagu" yang ke-21. Lagu-lagu yang dibawa ke peringkat akhir ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Irama Malaysia & Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock. Anugerah Juara Juara Lagu ke-21 ini telah dibawakan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil pada 21 Januari 2007 jam 9 malam melalui penyiar rasmi TV3 dan Hot FM. Anugerah tersebut diacarakan oleh pengacara Muzik-muzik, Cheryl Samad, yang digandingkan bersama Ally Iskandar dan Fara Fauzana.Acara tersebut telah dimulakan dengan tradisi berjalan melalui permaidani merah pada 8.30 malam yang diacarakan oleh Awal Ashaari dan Aishah Sinclair untuk membicarakan fesyen yang dipakai para perseonaliti yang hadir. Penaja utama, L’Oreal Paris turut mengadakan "Anugerah Glam L’Oreal Paris" untuk personaliti yang paling menyerlah pada malam tersebut.