Tema Anugerah_Juara_Lagu_ke-21

Pengambilan tema "Rentak Kita Rentak Dunia" merupakan kesinambungan tema daripada AJL tahun lepas iaitu "Evolusi Muzik Berterusan. Pemilihan tema tersebut adalah kerana pihak AJL mahu menjadi landasan dalam usaha menggalakkan penciptaan lagu yang lebih selari dengan aliran muzik dunia dengan mengekalkan identiti tempatan.

Malahan, melalui lagu yang dipertandingkan, penggubah tempatan telah menunjukkan kekreatifan mereka dalam menggabungkan pelbagai melodi, ritma dan susunan muzik walaupun usaha mereka untuk menembusi pasaran dunia tidak berhasil. Dengan usaha pemilihan tema ini, pihak TV3 berharap agar muzik tempatan turut dapat dinikmati oleh orang luar negara dan pihak antarabangsa.

Tema fesyen "fusion" telah dipilih oleh pereka fesyen dalam membuat pakaian personaliti untuk diperagakan malam tersebut. Antara pereka fesyen yang terkenal yang hadir pada malam tersebut ialah Datuk Bernard Chandran dan Hatta Mat Dom.