Penjurian Anugerah_Juara_Lagu_ke-21

Trofi Anugerah Juara Lagu.

Penjurian lagu yang dipertandingkan adalah meliputi tiga kriteria iaitu kekreatifan, keaslian dan kesannya terhadap pendengar. AJL kali ini memperlihatkan enam buah anugerah untuk diberi. Selain pemenang setiap kategori yang akan membawa pulang hadiah bernilai RM 12,000 dan trofi, anugerah lain turut dipertandingkan bagi Persembahan Vokal Terbaik (RM 10,000 dan trofi), Persembahan Terbaik (RM 10,000 dan trofi) dan tentunya Juara Lagu yang akan membawa pulang RM 25,000 dan trofi.

Pengadilan bagi pemenang kategori dan keseluruhan diadili oleh juri profesional dari industri muzik tempatan berdasarkan CD album mereka. Bagi Persembahan dan Persembahan Vokal Terbaik, pengadilan ditentukan pada malam tersebut juga melalui persembahan yang diadili oleh set juri yang lain pula.

Berikut adalah barisan juri AJL21; - untuk menghakimi lagu adalah Acis, Farihin Abdul Fattah, Jari Idris, Amran Omar, Khairil Johari Johar, Ahmad Izham Omar dan Azhar Borhan (Ketua). Untuk menghakimi persembahan adalah Hanizam Abdullah, Shaharuddin Mustaffa, Ning Baizura, Liza Hanim, Seelan Paul, Farisha Pawanteh dan Anthony Firdauz Bujang.