Trivia Anugerah_Juara_Lagu_ke-21

  • Lagu "Hantaran Hati" pada asalnya adalah lagu gandingan Bob dan Allahyarhamah Rosiah Chik. Selepas Rosiah Chik meninggal dunia pada tahun 2006, Aspalela Abdullah telah diberi penghormatan untuk menggantikan tempat Rosiah Chik untuk membawakan lagu ini.
  • Bagi lagu "Zapin Cinta SMS", Adibah Noor dan setiap ahli kumpulan Senario memegang telefon bimbit yang menunjukkan mereka berSMS.
  • Elyana tidak memakai kasut ketika membuat persembahan "Tak Tercapai Akalmu" dengan konsep yang digelarnya "konsep suka hati".
  • Kumpulan Pretty Ugly adalah satu-satunya kumpulan kugiran yang bertanding di peringkat akhir kali ini.
  • Mawi dan M. Nasir telah mengenakan rambut palsu yang menarik minat dan mengejutkan ramai penonton.
  • Anugerah dimulakan dengan persembahan imbauan Juara Lagu yang pertama iaitu "Sekadar di Pinggiran" yang diberikan nafas baru gandingan bersama Francesca Peter, Man Kidal dan Kumpulan Quest dan disusun semula oleh penggubah Helen Yap.
  • Persembahan selingan menampilkan Ima (Bintang Mencari Bintang), Yassin, Joe Flizzow, Daly Ahli Fiqir, Akhbar, Ella, Noraniza Idris, Ruffedge, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir (One In a Million).
  • Lagu "Candak" (Siti Nordiana) sebenarnya adalah milik penyanyi Syura.
  • Tahun ini menyaksikan pertama kalinya penampilan penyanyi bersuara lantang Adibah Noor, dan beliau terus cemerlang pada tahun pertama penglibatan beliau dalam sejarah Anugerah Juara Lagu selepas memenangi kategori vokal terbaik, juara kategori balada, dan juara lagu keseluruhan.
  • Ramli MS menyifatkan vokal Misha Omar ketika raptai layak berpotensi untuk memberi kemenangan Vokal Terbaik untuk penyanyi itu, namun ketika peringkat akhir Misha dikatakan tidak mencapai kualiti vokal seperti raptai.
  • Lagu nyanyian Misha Omar, Nafas Cahaya yang dicipta oleh M Nasir dan Loloq gagal mara ke peringkat akhir kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif sedangkan lagu itu dikatakan amat berkualiti. 2 tahun selepas itu, pada Anugerah Industri Muzik ke 16 lagu Nafas Cahaya diangkat sebagai Lagu Terbaik.