Trivia Anugerah_Juara_Lagu_ke-34

Bahagian trivia adalah tidak digalakkan di bawah garis panduan Wikipedia.
Rencana ini boleh diperbaiki dengan menyatukan bahan relevan dan membuang bahan yang kurang sesuai.
  • Naim Daniel menjadi artis ke-enam untuk mengungguli Anugerah utama sebagai komposer, penulis lirik dan penyanyi. Beliau menyertai kelompok pemenang terdahulu iaitu M. Nasir, Yasin, Ana Raffali, Yuna dan Hael Husaini.
  • Hafiz Suip menjadi penyanyi pertama yang mengungguli kategori Vokal Terbaik sebanyak empat (4) kali sepanjang penganjuran Anugerah Juara Lagu. Sebelum ini, beliau pernah memenangi kategori tersebut pada AJL25, AJL26 dan AJL27.
  • Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat penampilan istimewa semasa persembahan lagu "Anta Permana" yang dinyanyikan oleh Bob Yusof.
  • Finalis AJL34 diberikan jolokan "power final" oleh Azmeer yang berperanan sebagai Ketua Juri semasa saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 34. Azmeer juga dilaporkan telah merayu kepada pihak produksi untuk menambah satu tempat lagi supaya menjadi 13. Walau bagaimanapun, pihak juri hanya dibenarkan untuk memilih 12 lagu ke pentas akhir.[1][5]
  • Aina Abdul dan Naim Daniel masing-masing membuat penampilan solo dan sulung pada final kali ini dan mempunyai tajuk lagu yang sama iaitu "Sumpah".
  • Aman RA yang terlebih dahulu membuat persembahan selingan pada AJL 33 dengan lagu "Bangun" layak ke final AJL 34 dengan lagu yang sama, satu-satunya lagu hip-hop yang bertanding di Separuh Akhir Muzik Muzik 34 dan Anugerah Juara Lagu 34.
  • "Ragaman" dan "Anta Permana" masing-masing dipersembahkan oleh Fairuz Misran dan Bob Yusof terpilih ke final setelah penyanyi asal memilih untuk tidak berentap di Muzik-Muzik dan AJL.
  • AJL34 merupakan penampilan kedua Bob Yusof sebagai penyanyi gantian. Beliau menyampaikan lagu "Kasih Tercipta" pada AJL22 bagi menggantikan Faizal Tahir yang diharamkan untuk mengadakan persembahan secara langsung peda ketika itu.[6]
  • Persembahan Aina Abdul yang bermotifkan membunuh diri/berdarah mengundang rasa kurang senang pihak yang terlibat dalam Sektor Kesihatan apabila memuatnaik kritikan di Facebook rasmi Public Health Malaysia, perbuatan ini jelas melanggar garis panduan yang ditetapkan.[7]
  • Drama Band yang bermotifkan badut dan sikap hipokrit menampilkan kritikan sosial yang lantang dan bertenaga dalam persembahan mereka malangnya mendapat kritikan sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan mereka kerana melibatkan isu politik.
  • Haqiem Rusli mengundang Rosyam Nor dalam persembahannya dan mendapat pujian dan air mata netizen,audiens kerana mengetengahkan kasih sayang seorang bapa pada anak.
  • Instrumen Gitar, Bass dan Keyboard yang tidak dimainkan semasa persembahan Hazama & Penglipurlara adalah simbolik kepada rakan-rakan pemuzik yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini iaitu, Allahyarham Faizal Uzir atau Lok U (keyboard), Fauzi Samin aka Aji (gitar) dan Ally Rahman @ Wan Kelly Abd Rahman (bass) mereka adalah pemuzik yang berkecimpung sejak sekian lama dalam industri muzik tanah air.

Rujukan

WikiPedia: Anugerah_Juara_Lagu_ke-34 http://www.astroawani.com/berita-hiburan/gitaris-t... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/phot... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/451976/... https://www.hmetro.com.my/rap/2019/11/522029/ajl-3... https://www.hmetro.com.my/utama/2019/12/522585/jur... https://www.xtra.com.my/ajl34/index.html https://www.xtra.com.my/ms/category/featured/posts...