Anugerah_Televisyen_Asia

Anugerah Televisyen Asia (Bahasa Inggeris: Asian Television Awards; secara rasmi disingkat sebagai ATA) merupakan satu penghargaan untuk mengiktiraf dan memberi kecemerlangan penerbitan dalam industri televisyen Asia. Diadakan pada setiap Disember, Anugerah ini menarik kira-kira 1,400 penyertaan setiap tahun dari pelbagai penyiar, termasuk stesen TV percuma dan platform TV berbayar serta banyak syarikat penerbitan bebas di Asia. Setiap tahun, sekurang-kurangnya sembilan sesi juri diadakan di beberapa bandar Asia termasuk Kuala Lumpur dan Singapura, di mana panel hakim-hakim lebih 15 negara menilai dan memilih entri dalam sesi tertutup. Keputusan ini kemudiannya dikira dan diaudit oleh PriceWaterhouseCoopers, dan pemenang akan diumumkan pada malam Anugerah di Singapura.Anugerah TV Asia dianjurkan oleh majalah Television Asia Plus, yang ditubuhkan pada tahun 1994 dan sebelum ini yang dianjurkan oleh Perbadanan Penyiaran Singapura pada 1987-1993.Dilancarkan pada tahun 1987, Anugerah biasanya terdiri daripada lebih 30 kategori termasuk Program Dokumentari Terbaik, Program Berita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyampai Ehwal Semasa terbaik dan banyak lagi.

Anugerah_Televisyen_Asia

Tarikh 6 Disember 2012 (2012-12-06)
Disampaikan oleh Television Asia Plus
Laman web rasmi ata.onscreenasia.com
Lokasi Shangri-La Hotel Singapore
Negara Singapura
Anugerah pertama 1995