Pembunuhan Anwar_Sadat

Pada 6 Oktober 1981, Anwar Sadat dibunuh ketika perbarisan ketenteraan oleh ahli tentera yang merupakan sebahagian daripada Jihad Islam Mesir yang menentang perjanjiannya dengan Israel dan juga tindakan kejamnya dalam tindakan bulan September. Omar Abdel-Rahman adalah 'syeikh buta' yang memberi inspirasi agar Anwar Sadat dibunuh. Omar juga merupakan orang yang memberi kelulusan agar Pengeboman World Trade Center 1993 dilakukan.

Dalam lintas hormat itu, Anwar dikawal oleh 4 lapisan keselamatan. Bagaimanapun ketua pegawai keselamatan bertugas sedang mengerjakan haji di Mekah. Jet pejuang Mirage terbang rendah melakukan lintas hormat di udara. Anwar Sadat berdiri menerima tabik hormat. Pembunuh keluar dari trak-trak tentera dan melontar grenade dan melepaskan tembakan selama dua minit. Jurufoto Bill Foley berjaya merakam detik-detik 'senyuman terakhir' itu. Khalid Islambouli menjerit "Matilah kami Firaun!" sambil melepaskan tembakan bertalu-talu. 7 terbunuh termasuk Duta negara Cuba Jeneral Omani. 28 orang cedera termasuk James Tully, Menteri Pertahanan Ireland dan 4 pegawai tentera Amerika Syarikat.Anwar dikejarkan ke hospital tetapi disahkan mati . Ini adalah sejarah pertama di Mesir, pemimpin negara dibunuh oleh rakyatnya sendiri. Dua penyerang ditembak mati dan lain-lain ditahan oleh polis Mesir. Islambouli didapati bersalah dan dijtuhi hukuman mati pada April 1982.

Sempena pembunuhan itu, satu pemberontakan terjadi di Asyur, utara Mesir. Pemberontak berjaya menawan beberapa hari dan membunuh 68 orang polis dan tentera. Mereka berjaya ditenteramkan sebelum sampai ke Kaherah. Tentera ini dijatuhi hukuman ringan, hanya 3 tahun penjara.

Semasa pengkebumian, tiga presiden dan bekas presiden Amerika Syarikat turut hadir ialah Gerald Ford, Jimmy Carter dan Richard Nixon. Tidak ada pemimpin negara Arab yang hadir kecuali Presiden Sudan, Gaafar Nimeiry. Hanya 2 dari 24 Liga Arab menghantar wakil iaitu Somalia dan Oman.