Apollo_13
Apollo_13

Apollo_13


Kiri ke kanan: Lovell, Swigert, HaiseApollo 13 ialah misi ketiga pendaratan di Bulan oleh NASA, sebahagian daripada program Apollo Amerika Syarikat. Kapal angkasa ini dilancarkan pada 11 April 1970, jam 13:13 CST dari Pusat Angkasa Kennedy, Florida, namun pendarat qamari terpaksa dibatalkan selepas sebiji balang oksigen meletup dua hari kemudian, melumpuhkan Service Module (SM) yang diperlukan Command Module (CM). Walaupun terpaksa menempuh kesukaran akibat kuasa terhad, kehilangan haba kabin, kekurangan air minum dan terpaksa mengganti sementara sistem penyingkiran karbon dioksida, anak kapal berjaya kembali dengan selamat ke Bumi pada 17 April.Penerbangan ini diketuai oleh James A. Lovell dengan John L. "Jack" Swigert sebagai juruterbang CM dan Fred W. Haise sebagai juruterbang LM. Swigert menggantikan Ken Mattingly pada saat akhir, yang tidak dibenarkan terbang selepas terdedah kepada penyakit Rubela.

Apollo_13

Pembuat CSM: North American Rockwell
LM: Grumman
Jarak 254 kilometer (137 nmi)
Tapak pelancaran Kennedy LC-39A
Rejim Cislunar
Jenis misi Pendaratan qamari dikendalikan manusia
COSPAR ID 1970-029A
Roket Saturn V SA-508
Bilangan krew 3
Kod panggilan CM: Odyssey
LM: Aquarius
Pengoperasi NASA[1]
Berat berlepas CSM: 28,790 kilogram (63,470 lb)
CM: 5,609 kilogram (12,365 lb)
SM: 23,181 kilogram (51,105 lb)
LM: 15,192 kilogram (33,493 lb)
Jangka masa misi 5 hari, 22 jam, 54 minit, 41 saat
Pendekatan terhampir 15 April 1970, 00:21:00 UTC
Sistem rujukan Geosentrik
SATCAT № 4371
Tarikh pelancaran 11 April 1970, 19:13:00 (1970-04-11UTC19:13Z) UTC
Tarikh pendaratan 17 April 1970, 18:07:41 (1970-04-17UTC18:07:42Z) UTC
Kapal angkasa lepas Apollo CSM-109
Apollo LM-7
Tapak pendaratan Lautan Pasifik Selatan
21°38′24″S 165°21′42″W / 21.64000°S 165.36167°W / -21.64000; -165.36167 (Apollo 13 splashdown)