Armada_Utama
Armada_Utama

Armada_Utama

Armada Utama (Bahasa Inggeris: Home Fleet) adalah sebuah armada tempatan Royal Navy yang beroperasi di perairan wilayah (dalam negeri) United Kingdom dari tahun 1902 dengan selang waktu sehingga tahun 1967.Sebelum Perang Dunia Pertama, ia mengandungi empat buah kapal Pengawal Pelabuhan.[1] Pada tahun 1905 ia telah dibubarkan, dan daripada 1905 hingga 1907 sisa-sisa kapal yang kurang lengkap telah dibahagikan kepada bahagian-bahagian simpanan (Bahagian Devonport, Bahagian Nore, dan Bahagian Portsmouth).[2] Semasa Perang Dunia Pertama, ia mengandungi beberapa buah kapal tua Royal Navy. Ketika Perang Dunia Kedua, ia merupakan angkatan tempur utama Royal Navy di perairan Eropah.