Taburan Arnab_Kerdil

Taburan arnab kerdil merangkumi sebahagian besar Lembangan Besar dan sesetengah kawasan antara gunung yang berdekatan, di rantau barat Amerika Syarikat[6]. Arnab kerdil dijumpai di Montana barat daya dari sudut paling tenggara berdekatan sempadan Idaho di utara Dillon dan Bannack di Kaunti Beaverhead[7]. Arnab kerdil terus bertaburan ke arah timur hingga Idaho selatan dan Oregon selatan, dan ke selatan hingga Utah utara, Nevada utara, dan California timur. Populasi terpencil juga dijumpai di Washington [8] and Wyoming [9].

Taburan aras tinggi arnab kerdil di negeri Nevada menjangkau 4,494 hingga 7,004 kaki (1,370–2,135 m), dan di California pula 4,986 hingga 5,298 kaki (1,520–1,615 m) [6].

Arnab Kerdil Lembangan Columbia jantan baka tulen yang terakhir, hanya ditemui di Kaunti Douglas, Washington, mati di Zoo Oregon di Portland, pada 30 Mac 2006; yang baka tulen betina pula mati pada tahun 2008.[10] Rancangan pengacukan yang dianjurkan oleh Zoo Oregon, Universiti Negeri Washington dan Northwest Trek sedang cuba memelihara susun galur genetiknya dengan membiakkan arnab betina yang ada dengan Arnab Pigmi Idaho.[11]