Arsène_Wenger
Arsène_Wenger

Arsène_Wenger

Arsène Wenger OBE[2] (lahir 22 Oktober 1949 di Strasbourg) merupakan seorang pengurus bola sepak Perancis yang mengurus kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal (1996-2018). Beliau merupakan pengurus paling lama dan paling berjaya dalam menguruskan kelab itu.Beliau dilahirkan di Strasbourg dan dibesarkan di Duttleheim. Bapa beliau yang juga pengurus pasukan bola sepak kampung memperkenalkan bola sepak kepada Arsene, beliau telah menerima diploma pengurusan pada tahun 1981. Berikutan kegagalan untuk mengurus Nancy dan meninggalkan kelab tersebut pada 1987. Beliau menjadi pengurus AS Monaco dan memenangi Kejuaraan Liga Perancis pada 1988. Pada 1991, Wenger membawa Monaco untuk memenangi Piala Perancis, Wenger meninggalkan kelab itu pada 1994. Beliau kemudiannya menjadi jurulatih kepada Nagoya Grampus Eight dalam Liga J. Jepun, dan memenangi Piala Maharaja dan Piala Super Jepun. Beliau dilantik sebagai pengurus Arsenal pada 1996; beliau telah memenangi kedua-dua Liga dan Piala FA pada tahun berikutnya. Kelab dibawah bimbingan Arsene Wenger itu sekali lagi menjuarai double Liga dan Piala FA; mereka juga memenangi Piala FA Inggeris pada tahun berikutnya. Pada tahun 2004, Arsenal telah memenangi Liga tanpa sebarang kalah iaitu sebanyak 49 perlawanan dan merekodkan kelab paling lama tidak kalah dalam rekod bola sepak Inggeris. Pada tahun 2006, kelab itu berjaya ke perlawanan akhir Juara-Juara Eropah tetapi kalah kepada kelab Sepanyol, FC Barcelona. Beliau diberi gelaran "Le Professeur" yang sering digunakan oleh peminat dan media-media Inggeris. Pendekatan beliau terhadap perlawanan telah membawa kepada perlawanan yang menarik dan ditontoni. Dibawah bimbingan Wenger, Arsenal telah dikritik kerana mengumpul 100 kad merah dari September 1996 hingga Februari 2014, walaupun telah memenangi anugerah sukan adil.