Artemia
Artemia

Artemia

Artemia merupakan genus krustasea akuatik yang juga dikenali dengan gelaran brine shrimpcode: en is deprecated ("udang air garam"). Ia adalah satu-satunya genus dalam keluarga Artemiidae.Catatan sejarah pertama tentang kewujudan Artemia bermula pada separuh pertama abad ke-10 Masihi dari Tasik Urmia [en], Iran, dengan contoh yang dipanggil oleh seorang ahli geografi Iran sebagai "anjing air",[2] tetapi rekod jelas yang pertama ialah laporan dan lukisan yang dihasilkan oleh Schlösser pada tahun 1757 tentang haiwan dari Lymington, England.[3] Populasi Artemia ditemui di seluruh dunia, biasanya di tasik air masin pedalaman, tetapi kadang-kadang di lautan. Artemia dapat mengelak daripada bersekedudukan dengan kebanyakan jenis pemangsa seperti ikan dengan berkeupayaan untuk hidup di perairan dengan tahap kemasinan yang sangat tinggi (sehingga 25%).[4]Keupayaan Artemia untuk menghasilkan telur dorman (tidak aktif) yang dikenali sebagai sista telah menyebabkan penggunaan Artemia secara meluas dalam akuakultur. Sista boleh disimpan selama-lamanya dan menetas atas kehendak untuk membekalkan sejenis "makanan bernyawa" untuk larva ikan dan krustasea.[4] Nauplius (larva) Artemia merupakan bahan makanan yang paling banyak digunakan, dan lebih 2,000 metric ton (2,200 short ton) sista Artemia kering dipasarkan di seluruh dunia setiap tahun.[5] Di samping itu, kerana daya tahannya Artemia menjadi haiwan yang ideal menjalankan ujian ketoksikan biologi, malah juga menjadi organisma contoh yang digunakan untuk menguji ketoksikan bahan kimia. Artemia juga dibiak baka dan dijual sebagai buah tangan kecil-kecil, khususnya di Amerika Syarikat, dipasarkan dengan nama Sea-Monkeys.

Rujukan

WikiPedia: Artemia http://www.aquaculture.ugent.be/index.htm http://www.vliz.be/imisdocs/publications/54679.pdf http://www.drwhitey.com/Ecology/Artemia/BrineShrim... http://www.lander.edu/rsfox/310artemiaLab.html http://web.cecs.pdx.edu/~davidr/discus/articles/ar... http://www.eu-nomen.eu/portal/taxon.php?GUID=urn:l... http://frwebgate3.access.gpo.gov/cgi-bin/waisgate.... http://ut.water.usgs.gov/greatsaltlake/shrimp/ http://www.alireza-asem.ir/Asem%20and%20Eimaifar%2... http://www.alireza-asem.ir/Asem4.pdf