Sejarah Artileri

Perkataan ini sebagaimana digunakan dalam konteks semasa berasal dari Zaman Pertengahan. Ia berasal dari Perancis Kuno atellier bererti "mengatur", dan attillement bererti "peralatan". Semenjak abad ke-13 artillier merujuk kepada pembinaan sebarang peralatan perperangan, dan bagi 250 tahun berikut erti perkataan "artileri" merujuk kesemua bentuk senjata ketenteraan. Dengan itu pernamaan Kompeni Artileri Terhormat (Honourable Artillery Company) pada asasnya merupakan unit infantri sehingga abad ke-19.

Enjin lebih tua seperti manjanik, onager, trebuchet dan ballista merupakan artileri (lihat enjin pengepungan) bagi maklumat tambahan bagi peranti panca ubat bedil), tetapi rekod tertulis mengenai artileri dengan pendorong ubat bedil yang digunakan dimedan pertempuran adalah pada 28 Januari 1132 apabila Jenderal Han Shizhong dari Dinasti Sung menggunakan escalade dan Huochong untuk menawan bandar di Fujian. Senjata kecil dan kasar ini meresap ke Timur Tengah (madfaa) dan sampai ke Eropah pada abad ke-13, dalam bentuk terhad. Tiub laras licin kecil ini pada awalnya dituang menggunakan besi atau tembaga pada teras tengah, meriam pertama dengan laras ditebuk direkodkan beroperasi berhampiran Seville pada tahun 1247. Ia menembak bebola batu, besi, plumbum, panah besar dan apa-apa serpihan yang terdapat di sekitarnya. Semasa Perang Seratus Tahun, penggunaan senjata ini semakin meluas, pada awalnya dikenali sebagai pengebom (Bombard) dan kemudiannya sebagai meriam. Meriam sentiasa dimuat dari hadapan walaupun terdapat banyak cubaan awal bagi reka bentuk muatan belakang (breech-loading) tetapi kelemahan dari segi kejuruteraan menjadikannya lebih merbahaya berbanding muat hadapan.

Meriam berat/pengebom (Bombards) adalah jauh lebih besar berbanding senjata sebelumnya, senjata laras licin besar dibezakan dengan ketiadaan pengangkut medan, tidak boleh digerakkan apabila ditempatkan, rekabentuk khusus setiap satu, dan jelas tidak boleh diharap. Saiz mereka mengecualikan laras dari diacuan dan ia dibina dari kepingan besi atau batang besi diikat sekali dengan gelung seperti laras. Nilai meriam berat hanyalah pada pengepongan, satu contoh meriam berat Turki digunakan dalam pengepongan Constantinople pada tahun 1453 seberat 19 tan, mengambil 200 orang dan enam puluh lembu bagi menempatkan dan hanya mampu menembak tujuk kali sehari.

Pengunaan perkataan "cannon" (meriam) dalam bahasa Inggeris telah diperkenalkan pada abad ke-15 dengan menggunakan pedati khas dengan yang dipasang dengan gandar, penghela dan batang penarik yang diikta pada haiwan — ini menghasilkan senjata lapangan yang boleh digerakkan dan menyokong tentera yang menyerang dan bukannya hanya terikat kepada pengepungan dan pertahanan statik. Pengurangan saiz laras berpunca dari peningkatan dalam teknologi besi dan penghasilan ubat bedil. Senjata boleh gerak yang pertama biasanya diberikan kepada Jan Žižka, yang menggunakan meriam ditarik lembu semasa Perang Hussite di Bohemia (1418–1424). Bagaimanapun meriam masih besar dan kekok, dengan kebangkitan senapang lantak (musketry) pada abad ke-16 meriam kebanyakannya tersingkir dari medan pertempuran—meriam terlalu perlahan dan kekok untuk digunakan dan mudah ditawan oleh musuh yang mara dengan pantas.