Profil Asami_Konno

Konno menyertai Morning Musume pada 2001. Walaupun persembahannya Love Audition 21 (Loveオーディション 21, LOVE ōdishon nijuichi) dianggap sederhana oleh para juri ujibakat dan penerbit Morning Musume, Tsunku, dia mengambil keputusan untuk meluluskan Konno kerana potensinya masih boleh diperbaiki.

Dia membuat kemunculan sulung dalam single "Mr. Moonlight ~Ai no Big Band~", dikeluarkan pada Oktober 31, 2001. Pada bulan yang sama, semasa pengambaraan rancangan hiburan muzik Utaban, dia telah mengalami kecederaan pada kakinya dan tidak dapat mengambil bahagian di beberapa persembahan.

Kemunculan album pertama Konno adalah pada Mac 27, 2002 iaitu album 4th Ikimasshoi!.

Pada 2003, dia juga terlibat dengan Morning Musume Sakuragumi sewaktu Morning Musume dipecahkan kepada 2 kumpulan.

Pada asalnya, Konno Asami adalah ahli sebuah kumpulan futsal, Gatas Brilhantes H.Psebagai penjaga gol bersama-sama Nozomi Tsuji.

Pada April 28, 2006, Konno mengumumkan pengundurannya bersama-sama Ogawa Makoto. Dia berundur dari Morning Musume dan Hello! Project pada Julai 23, 2006, untuk mengambil peperiksaan sekolah tinggi dan memasuki universiti.

Pada Jun 18, 2007 terdapat kenyataan yang menyatakan Konno akan kembali ke Hello! Project untuk menyambung karier futsal bersama-sama Gatas Brilhantes H.P. Ada juga kenyataan yang dia akan membuat persembahan di konsert musim panas di Nagoya pada Julai 17, 2007. Pada September 12, 2007, dia dan anggota Ongaku Gatas yang lain akan mengeluarkan kemunculan single "Narihajimeta Koi no BELL".

Rujukan

WikiPedia: Asami_Konno http://www.helloproject.com http://www.helloproject.com/artist/35/ http://www.helloproject.com/museum/tour/06_hpnatsu... http://www.helloproject.com/schedule/01/01/list03.... http://www.amazon.co.jp/%E3%82%A2%E3%83%AD%E3%83%8... http://www.amazon.co.jp/%E6%96%B0%E3%82%B5%E3%82%A... http://www.amazon.co.jp/%E9%97%98%E3%81%88-%E3%82%... http://www.hello-online.org/index.php?act=helloonl... http://www.hello-online.org/index.php?act=helloonl... http://www.hello-online.org/index.php?act=helloonl...