Asid nukleik merupakan sejenis
makromolekul yang terdiri daripada rantaian
nukleotida. Dalam
biokimia molekul ini mampu membawa maklumat atau membentuk struktur dalam
sel. Asid nukleik yang biasa termasuk
asid deoksiribonukleik (DNA) dan
asid ribonukleik (RNA). Asid nukleik terdapat dalam semua benda hidup, kerana mereka terkandung dalam segala sel. Asid nukleik juga terdapat di dalam
virus.RNA diterbitkan dari DNA dalam beberapa bentuk dan setiap bentuk RENA ini mempunyai tugasan yang tersendiri. Messenger RNA (mRNA) berfungsi membawa maklumat genetik dari DNA semasa sintesis
protein. Transfer RNA (tRNA) pula membawa
asid amino yang tepatan dengan maklumat genetik yang dibawa oleh mRNA. Manakala RNA ribosoma (rRNA) menyediakan tapak bagi pertamtuam
asid amino tadi untuk membentuk protein.Asid nukleik terdiri dari rantaian
makromolekul yang kecil yang dikenali sebagai
nukleotida yang diikat oleh ikatan ikatan
fosfodiester dimana DNA dan RNA hanya mempunyai empat jenis nukleotida yang berbeza. Setiap nukleotida mengandungi struktur gula yang menjadi teras, kumpulan fosfat yang diikat pada gula oleh ikatan fosfoester dan struktur bes aromatik. Struktur bes ini pula dikelaskan kepada dua jenis iaitu purin yang mengandungi
adenin (A) dan
tiamin (T), manakala
piridin pula mengandungi
sitosin (C) dan tiamin (T). Sementara itu RNA juga mempunyai struktur bes yang sama kecuali tiamin telah ditukarkan kepada urasil (U). Di dalam rantaian asid nukleik ATGC ini wujud secara berpasangan dimana A berpasangan dengan T/U dan G berpasangan dengan C. Pasangan ini diikat dengan pembentukkan ikatan
hidrogen.
Keluarga utama bahan biokimiaPeptidas |
Asid amino |
Asid nukleik |
Karbohidrat |
Gula nukleotida |
Lipid |
Terpena |
Karotenoid |
Tetrapirrola |
Kofaktor enzim |
Steroid |
Flavonoid |
Alkaloid |
Poliketida |
GlikosidaAnalogues of nucleic acids: Analogues of nucleic acids: