Penghasilan Asid_sulfurik

Proses Kebuk Plumbum

Gas sulfur dioksida panas disalurkan ke dalam sebuah reaktor yang dipanggil menara Glover (Glover tower) di mana gas sulfur dioksida dibersihkan dengan ‘nitrous vitriol’ dan dicampur dengan nitrik oksida dan nitrogen dioksida untuk membentuk asid Gloverb. Dari menara Glover, asid Glover dicampur dengan gas-gas termasuk sulfur dioksida (SO2), sulfur trioksida (SO3), nitrogen oksida, NO, nitrogen, N2, oksigen, O2, dan wap air dalam suatu kebuk plumbum. Asid sulfurik 62-68% terhasil dan terkondensasi pada dinding kebuk plumbum. Selepas itu, nitrogen oksida dan sulfur dioksida yang tidak digunakan dalam tindak balas dihantar ke menara Glover semula untuk digunakan semula. Gas-gas yang berlebihan lazimnya dilepaskan ke atmosfera.

Proses Sentuh

Pada tahun 1831, seorang pedagang cuka Britain, Perengie Phillips, mempatenkan proses yang jauh lebih murah untuk menghasilkan sulfur trioksida dan asid sulfurik pekat. Proses ini dinamakan Proses Sentuh, dan hampir semua bekalan asid sulfurik dunia dihasilkan dengan proses ini.

Sebatian hidrogen
H3AsO3H3AsO4HAtHSO3FHBF4HBrHBrOHBrO2HBrO3HBrO4HClHClOHClO2HClO3HClO4HCNHCNOH2CrO4/H2Cr2O7H2CO3H2CS3HFHIHIOHIO2HIO3HIO4H2MoO4HNCHNCOHNOHNO3H2N2O2HNO5SH3NSO3HOFH2OH2O2H2O3H3PO2H3PO3H3PO4H4P2O7H5P3O10H2PtCl6H2SH2SeH2SeO3H2SeO4H4SiO4H2SiF6H2SO3H2SO4H2SO5H2S2O3H2S2O6H2S2O7H2S2O8CF3SO3HH2TeH2TeO3H6TeO6H4TiO4H2PoH3VO4HCo(CO)4