Kerjaya Asraruddin_Putra_Omar

Produk Sekolah Sukan Bukit Jalil ini merupakan pemain serba boleh. Dia memainkan watak penting ketika menbantu Malaysia layak ke kejohanan Belia Asia 2006 di India.

Semasa mewakili pasukan bawah 19 tahun Malaysia pada kejohanan Piala Juara Belia 2007 (CYC), Asraruddin memegang tanggungjawab selaku penolong ketua pasukan. Dia kemudian menjadi ketua pasukan ketika menentang PSV Eindhoven setelah Bunyamin Umar mengalami kecederaan. Persembahan yang beliau tonjolkan ketika berlangsungnya CYC menarik minat PSV Eindhoven untuk membawanya mengikuti latihan selama seminggu di Akademi PSV.[1][2]

Asraruddin membuat penampilan pertama bersama pasukan bawah 23 tahun Malaysia ketika menentang Republik Ireland pada 15 Mei 2008 di kejohanan Piala Antara Benua 2008. Dia kemudian mewakili dan beraksi pertama kali bersama pasukan Malaysia ketika menentang India di Hyderabad pada 22 Julai 2008. Dia juga membuat penampilan bersama Malaysia XI ketika menentang Chelsea F.C. di Stadium Shah Alam pada 29 Julai 2008. Pada perlawanan tersebut Malaysia XI tewas 0-2.