Sejarah Atmosfera_(unit)

Ia pada asalnya ditakrifkan sebagai tekanan yang diberikan oleh 760 mm hidroargirum pada suhu 0 °C dan bergraviti piawai (g = 9.80665 m/s2).[1] Ia telah digunakan sebagai rujukan keadaan fizik dan kimia, yang tersirat dalam pentakrifan skala Centigrade (kemudian Celsius) dengan penetapan 100 °C sebagai takat didih air pada tekanan ini. Pada tahun 1954, Persidangan Am Timbang dan Ukur ke-10 memutuskan untuk memakai konsep "atmosfera piawai" (atmosphère normale) untuk kegunaan umum dan mengesahkan pemtakrifan tepatnya iaitu 1,013,250 dine per sentimeter persegi (101325 Pa).[2] Hal ini mentakrifkan kedua-dua suhu dan tekanan bebas daripada sifat bahan tertentu bahan. Terdapat adanya salah faham bahawa ia "mendorong beberapa saintis untuk percaya bahawa pentakrifan atmosfera piawai ini hanya sah digunakan untuk pekerjaan termometri yang tepat."

Dalam kimia dan pelbagai industri lain, tekanan rujukan yang disebut dalam "suhu dan tekanan piawai" (STP) biasanya dikira sebanyak 1 atm (101.325 kPa) namun lama-kelamaan menyimpang selepas itu; pada tahun 1982, Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa (IUPAC) menyarankan agar "tekanan piawai" harus ditetapkan pada 100 kPa (1 bar) untuk tujuan menentukan sifat fizikal bahan.[3]