Atur_Cara_Kawalan_Rangkaian

Atur Cara Kawalan Rangkaian (bahasa Inggeris: Network Control Program, NCP) ialah atur cara yang menyediakan lapisan tengah dalam tindanan protokol yang berjalan pada komputer-komputer hos bagi ARPANET, pendahulu Internet masa kini.NCP datang sebelum Protokol Kawalan Penghantaran (TCP) sebagai protokol Lapisan Penghantaran yang digunakan semasa ARPANET masih baru. NCP adalah protokol ringkas yang menggunakan dua alamat port untuk membuat dua hubungan bagi komunikasi dua arah. Sebuah port ganjil dan genap telah disimpan untuk aplikasi atau protokol Lapisan Penggunaan. Pemiawaian TCP dan UDP mengurangkan keperluan untuk menggunakan dua port simpleks untuk setiap penggunaan kepada satu port dupleks tunggal.[1]