Autobahn

 Autobahn (bantuan·maklumat) (Bahasa Inggeris: /ˈɔːtəʊbɑːn/; Bahasa Jerman: IPA: [ˈaʊtoːbaːn], kata jamak Autobahnen) adalah istilah Jerman bagi lebuh raya berkelajuan tinggi yang dihadkan kepada kenderaan yang mempu mencapai kelajuan sekurang-kurangnya 60 km/j serta mempunyai kawalan capaian penuh, sebagai mana lebuh raya berkelajuan tinggi yang lain. Dalam kebanyakan negara, ia biasanya merujuk kepada rangkaian autobahn Jerman. Bagi kebanyakan autobahn Jerman, had laju disyorkan ialah 130 km/j, tetapi tiada had laju maksimum. Rangkaian autobahn Austria dan Switzerland masing-masing mempunyai had laju maksimum 130 km/j dan 120 km/j. Dalam Bahasa Jerman, sebutan "autobahn" adalah seperti di atas, dan kata jamaknya pula ialah "autobahnen", manakala dalam Bahasa Inggeris pula sebutan bahagian pangkal "auto-" di hadapan adalah sebagaimana perkataan "automobile". Nama rasmi bagi rangkaian autobahn Jerman ialah Bundesautobahn (BAB) (Lebuhraya Persekutuan).Autobahn dibina dan diselenggara sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan Jerman, menyebabkan rangkaian lebuh raya Jerman dipanggil "Lebuhraya Persekutuan". Lebuh raya terawal dibina pada tahun 1920-an, dan nama rasmi pada tahun 1930-an ialah "Reichsautobahn" (Lebuhraya Reich).