Sinopsis Awan_Dania

Musim 1 (2008–09)

Dania (Scha Al-Yahya), seorang gadis yang ingin menjadi pramugari, sesuatu yang tidak pernah masuk akal dalam fikiran gadis sepertinya. Dia merupakan seorang gadis yang lasak yang cekal membantu bapa dan abangnya bekerja mengendalikan bagasi. Dania sering memikirkan tentang masa depannya dan cemburu apabila melihat orang-orang di sekelilingnya terus berjaya dalam kehidupan masing-masing. Perkara ini ternyata berterusan sehingga Dania membuat keputusan untuk memulakan kerjayanya di awan biru dan menjadi bahan ketawa keluarganya. Adik-beradiknya tidak pernah memberinya semangat malah memperkecilkan keinginan Dania dalam bidang penerbangan. Nasib ternyata menyebelahinya apabila Dania ditawarkan mendaftarkan diri di kem latihan penerbangan.

Musim 2 (2009–10)

Berkisar kepada kehidupan seorang gadis yang bernama Dania yang berjaya mencapai impiannya untuk menjadi pramugari di sebuah syarikat penerbangan sebelum ini. Bagaimanapun, disebabkan menghormati persahabatan dengan rakannya, Dania mengambil keputusan untuk berhenti dari syarikat penerbangan lama dan menganggur untuk seketika.

Walaupun begitu, impian Dania untuk terbang di awan tidak pernah luntur dan akhirnya peluang tersebut datang apabila sebuah lagi syarikat penerbangan menawarkan peluang pekerjaan sebagai pramugari. Dania pergi ke sesi temuduga dan bertemu dengan salah seorang dari pengurus kanan di situ, Safura. Dania telah mengembalikan kenangan pertama sewaktu dia bekerja dengan usia yang lebih mentah dan diterima bekerja di situ. Episod baru dalam hidup Dania bermula sejurus memulakan tugasannya di tempat yang baru yang dikelilingi dengan rakan-rakan baru serta cabaran yang perlu ditempuhi termasuklah Benjy (Jehan Miskin) yang menagih cinta Dania.

Musim 3 (2010–11)

Dania adalah seorang gadis tomboi yang bekerja sebagai pramugari di beberapa syarikat penerbangan pada mulanya. Dania menganggur kerana kontraknya telah tamat dengan Firefly dan kini sedang mencari syarikat penerbangan yang ingin mengambilnya bekerja. Kebetulan, Dania hampir dilanggar oleh seorang Tan Sri dan beliau telah dilamar oleh Tan Sri untuk bekerja dengannya.