Ayn_Rand
Ayn_Rand

Ayn_Rand


Ayn Rand (2 Februari 19056 Mac 1982), dilahirkan di Rusia dengan nama Alisa Zinov'yevna Rosenbaum (Bahasa Rusia: Алиса Зиновьевна Розенбаум), ialah seorang ahli falsafah wanita Amerika Syarikat [1] yang paling dikenali untuk pengembangan Objektivisme, serta novel-novelnya yang termasuk:Seorang tokoh Amerika Syarikat yang agak berpengaruh selepas Perang Dunia II, karya-karya Rand telah menarik kedua-dua kekaguman yang ghairah serta pengutukan yang pedas. Karya-karyanya menekankan apa yang beliau menganggap sebagai konsep-konsep falsafah asas untuk kenyataan objektif, jalan fikiran, egoisme rasional, serta kapitalisme laissez-faire dan pada masa yang sama, membidas apa yang beliau memperlihatkan sebagai ketakrasionalan dan ketaksusilaan altruisme, kolektivisme, dan komunisme. Rand mempercayai bahawa:Matlamat khusus fiksyen Rand adalah untuk menonjolkan pahlawan Rand yang ideal, [3] seorang yang keupayaan dan kebebasannya mengakibatkan percanggahan dengan masyarakat tetapi yang walaupun demikian, masih tekun mencapai matlamat-matlamatnya.