Kerjaya Azar_Azmi

Sebelum menyertai Dewi Remaja, Azar memulakan kerjaya lakonan melalui watak tambahan, menurutnya dalam temuramah bersama Utusan Malaysia: "Saya masih ingat ketika masih belajar di tingkatan tiga dan menetap di Seremban, arwah ibu pernah menemani saya ke lokasi penggambaran. Saya jadi pelakon tambahan."[4] Pada tahun 2010, beliau menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2009/10 yang turut disertai oleh Neelofa (juara), Izara Aishah, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zamzam.[5] Selain itu, beliau juga merupakan usahawan dan pengasas produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF.[6]

Beliau pernah berlakon di samping Ashraf Muslim dan Mia Ahmad dalam drama adaptasi novel, Mr. Boss Miss Stalker di TV3 dan seterusnya berlakon bersama Fattah Amin dan Neelofa dalam Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.[7]

Pada 28 Januari 2017, Azar menjayakan peranan utama bersama Fattah Amin dalam telefilem Bayangan Emilia arahan Pekin Ibrahim yang memulakan siaran di Astro Ria. Beliau kemudiannya ditawarkan oleh Datuk Yusof Haslam berlakon dalam siri drama kepolisan, Gerak Khas, yang mana Azar memegang watak sebagai Detektif Amira, di samping Raja Ilya, Sheera Iskandar, Norman Hakim dan Syamsul Yusof.

Azar menjadi sebahagian dari barisan pelakon termasuk Hazama, Zoey Rahman, Munna Bella dan Ruhainies yang membintangi telefilem Uniknya Cinta arahan Suhaimi Lua yang bersiaran di Slot Cerekarama TV3 pada 3 Februari 2018. Azar memegang watak sebagai Amelina, anak kepada seorang pegawai polis.[8]

Beliau juga muncul dan memegang watak sebagai Ain di dalam siri drama waktu perdana, Tiada Arah Jodoh Kita di Slot Akasia TV3, yang diterajui oleh Shukri Yahaya dan Aprena Manrose bermula 13 Februari 2018.

Bermula 13 April 2018, Azar menjayakan peranan utama sebagai Wildad dalam siri drama waktu perdana iaitu, Cinta Fatamorgana yang turut bersiaran di Slot Akasia TV3, beliau menjayakan drama ini bersama-sama Aeril Zafrel dan Syazuwan Hassan.[9]

Beliau juga telah memegang watak sebagai Haryani dalam Isteri Untuk Diiktiraf di TV1. Beliau, bersama-sama Zara Zya, Hanna Aqeela dan Syazuwan Hassan menjadi teraju utama drama Terbaik Dariku yang disiarkan di Slot Samarinda TV3 bermula 14 November 2018.

Azar muncul dalam drama Nur 2, memegang watak sebagai Juita, watak yang pada asalnya diberikan kepada Nelydia Senrose sebelum menarik diri.[10][11][12]

Rujukan

WikiPedia: Azar_Azmi http://www.azhan.co/biodata-azar-azmi-pelakon-kela... http://www.kosmo.com.my/hiburan/kisah-cinta-yang-d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/papar-kisah-... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt... http://www.utusan.com.my/hiburan/pelacur-popularka... https://www.facebook.com/AzarAzmi https://www.instagram.com/AzarAzmi/ https://twitter.com/AzarAzmi https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/...