Aziz_Ishak

Abdul Aziz bin Ishak (1913-1999) merupakan seorang pejuang kebebasan Malaysia, ahli politik dan wartawan.Beliau ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebelum Perang Dunia II dan adik kepada Presiden Singapura, Yusuf Ishak. Adiknya Rahim Ishak , juga seorang wartawan dan pernah menjadi menteri Kabinet Singapura. Dari 1955-1963, beliau adalah Menteri Pertanian dan Koperasi di bawah Kabinet Menteri Tunku Abdul Rahman.Beliau menjadi tahanan ISA dari 1965-1966 semasa konfrontasi Indonesia.[1]Abangnya Yusof Ishak terkenal sebagai seorang wartawan dan pengasas Utusan Melayu dan sebagai Presiden Singapura yang pertama selepas perpisahan Singapura dengan Malaysia pada tahun 1965.[2]