Kerjaya Aziz_Ishak

Setelah selesai Senior Cambridge, Aziz bekerja di Jabatan Perikanan di Port Dickson (1936),Kuantan dan Batu Kurau di Kuantan.

Kecewa dengan dasar British yang tidak adil dan dituduh bekerjasama dengan Jepun oleh bos Eropah (Pegawai Inggeris itu dikalahkan oleh Jepun (1942-45) dan ditahan di Penjara Changi), Aziz menyertai abangnya Yusof Ishak mengasaskan Utusan. Beliau menulis artikel tentang UMNO, pentadbiran negeri, persekutuan dan ruangan ketua pengarang.

Aziz menjadi ahli KMM semasa bertugas sebagai pegawai perikanan di Kuala Kurau. Tahun 1946, beliau dan wartawan Abdul Samad Ismail menubuhkan Gerakan Angkatan Melayu Sedar (Geram)tapi ditolak pendaftarannya oleh pegawai penjajah. Mereka diintip oleh Cawangan Khas. Geram sangat kritikal terhadap Malayan Union, mengkritik UMNO faktor bangsawan feudal dalam UMNO. Geram dibubarkan apabila Aziz berpindah ke Kuala Lumpur (1948) dan menjadi wartawan Utusan.

Pada September 1951, beliau menggesa kerajaan untuk mengisytiharkan Darurat.[3] Beliau mendedahkan Raja Melayu tidak berpuasa semasa menghadiri Majlis Pertabalan Queen Elizabeth di London 1955. Lalu Jeneral Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya memanggilnya "wartawan tikus".