Kontroversi Azizan_Abdul_Razak

Didesak undur kerana uzur

Ustaz Azizan memang diketahui mengalami masalah kesihatan. Hal ini menyebabkan terdapat khabar angin beberapa pihak yang mahu beliau digantikan dengan orang lain.[3] Datuk Mukhriz Mahathir selaku timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah menggesa Azizan digantikan oleh Exco Datuk Amiruddin Hamzah kerana kesihatannya terjejas. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang menjelaskan tiada cadangan itu setakat ini.[4]

Larangan hiburan pada bulan Ramadan

Larangan pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramadan ditarik balik selepas berunding dengan Exco PKR S. Manikumar dan Lim Soo Nee.[5] Sebelum itu, kerajaan mahu melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepenuhnya. Enakmen itu diperkenalkan 14 tahun lalu oleh kerajaan BN tetapi kerajaan BN sendiri tidak menguatkuasakannya.13 jenis hiburan itu termasuklah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko. MCA dan Gerakan mambantah larangan itu dan Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu membawa larangan itu ke mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat.[6] Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar perikatan tiga tahun Pakatan Rakyat ekoran isu hiburan itu. Kaum Cina merayakan "Festival Hantu Lapar" pada bulan Ogos.

Penyelewengan air

Ustaz Azizan mahu mendedahkan pihak yang menyebabkan Kedah kerugian berjuta-juta ringgit dalam proses rawatan air. Pada 5 Oktober 2010, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Dato' Ir Nawawi Ahmad menggesa laporan dibuat kepada SPRM. Sebelum ini PAS dipertikaikan kerana menaikkan tarif air.[7]

Rujukan

WikiPedia: Azizan_Abdul_Razak http://news.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Malaysia... http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/print/bahasa/ha... http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KetuaSet... http://www.sinarharian.com.my/nasional/jasamu-teta... http://www.sinarharian.com.my/politik/azizan-bakal...