Sejarah BT_Group

Pembentukan British Telecom

Jenama British Telecom diperkenalkan pada 1980. Pada 1 Oktober 1981, ia menjadi nama rasmi Telekomunikasi Pejabat Pos, yang menjadi perbadanan milik negeri bebas Pejabat Pos di di bawah kelulusan Akta Telekomunikasi British 1981. Pada tahun 1982 monopoli BT dalam telekomunikasi telah dipecahkan dengan pemberian lesen oleh Mercury Communications.[6]

Penswastaan

Pada 19 Julai 1982, Kerajaan mengumumkan hasratnya untuk menjual saham dalam British Telecom kepada umum. Pada 1 April 1984, British Telecommunications telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat awam terhad (plc) dengan jangkaan berlakunya Rang Undang-Undang Telekomunikasi. Rang Undang-Undang ini menerima Perakuan Diraja pada 12 April, dan pemindahan ke British Telecommunications plc dari British Telecom sebagai perbadanan berkanun perniagaannya, harta, hak dan liabilitinya berlaku pada 6 Ogos 1984.[7]

Pada mulanya semua saham dalam plc baru dimiliki oleh Kerajaan. Pada November 1984, 50.2% syarikat baru ditawarkan untuk dijual kepada umum dan pekerja. Saham-saham ini disenaraikan di London, New York, dan Toronto dan hari pertama dagangan pada 3 Disember 1984. Kerajaan menjual separuh kepentingannya pada Disember 1991 dan separuh lagi pada Julai 1993. Pada Julai 1997, Kerajaan Buruh baru melupuskan Saham Khasnya ("Saham Emas"), ditahan pada masa pengapungan, dengan berkesan memberikan kuasa untuk menghalang pengambilalihan syarikat, dan melantik dua pengarah bukan eksekutif ke Lembaga Pengarah.[8]

Syarikat ini menukar nama perdagangannya kepada "BT" pada 2 April 1991. Pada tahun 1996 Peter Bonfield dilantik sebagai CEO dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekuif sehingga perletakan jawatannya pada Oktober 2001.[9]

Pada tahun 1990-an, BT memasuki pasaran telekomunikasi Ireland melalui usaha sama dengan Lembaga Pembekalan Elektrik, pembekal kuasa kerajaan Ireland milik negara. Usaha ini, dikenali sebagai Ocean, mendapati kejayaan utamanya melalui pelancaran pangganan ISP percuma pertama Ireland, oceanfree.net. Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang mendapati kejayaan yang kurang, terutamanya mensasarkan pelanggan korporat. BT memperoleh 100% usahasama ini pada tahun 1999.[10]