Baburnama
Baburnama

Baburnama

Bāburnāma (Chagatai/Bahasa Parsi: بابر نامہ‎; harfiah: '"Kitab Babur"' atau "Surat-surat Babur" ialah nama yang diberikan kepada memoir Zahiruddin Muḥammad Babur (1483–1530), pengasas Empayar Mughal dan puit Amir Timur (Timur-i-Leng).Kitab ini sebuah karya autobiografi, yang ditulis dalam Bahasa Chagatai, dikenali oleh Babur sebagai Turki (bermaksud Turkic), bahasa lisan Wangsa Timur (Andijan-Timur). Prosa Babur dipengaruhi Bahasa Parsi dari segi struktur ayat, morfologi dan kosa katanya,[1] dan juga mengandungi banyak frasa dan puisi pendek dalam bahasa Parsi. Karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi sepenuhnya semasa zaman pemerintahan Akbar Agung oleh seorang pegawai istana Mughal, Abdul Rahim, pada tahun Hjirah 998 (1589–90 M).[2]