Kerjaya Baddrol_Bakhtiar

Penglibatan awal

Baddrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden. Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia Kedah pada 2006. Sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia, Baddrol sering berada dalam kesebelasan utama.

Kedah

Baddrol diserapkan ke skuad utama Kedah pada musim 2006/07 dan bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dengan K. Soley di bahagian sayap kanan atau dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian sayap kiri.

Pemergian K. Soley ke Perlis membuka peluang untuk Baddrol beraksi dalam kesebalasan utama. Pada musim 2007/08, Baddrol menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menjaringkan 14 gol keseluruhan iaitu 8 gol Liga Super, 2 gol Piala Malaysia, Piala FA dan Piala AFC.

Bawah 20 Malaysia

Baddrol mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan kelayakan Belia Asia pada tahun 2005. Malaysia berjaya menumpaskan Myanmar 4-2 dan layak bermain di Bangalore, India pada tahun 2006. Bagaimanapun, penampilan pertama Baddrol dalam kejohanan Belia Asia bermula dengan langkah kiri apabila dia menjaringkan gol sendiri semasa menentang Vietnam.

Baddrol turut bermain di kejohanan Piala Juara Belia. Permainan yang ditunjukkannya semasa menentang Chelsea menarik minat kelab itu untuk membawanya ke Stamford Bridge.Beliau menjadi kapten Malaysia B-23 sepanjang tahun 2011.Brliau menjadi wira malaysia apabila menjuarai sukan sea 2011 apabila nenjadi hero penentuan penalti

Peluang ke Stamford Bridge

Pada 6 April 2008, Pengerusi Gifted Group Jonathan Price mengotakan janjinya untuk memberi pengalaman kepada Baddrol dan rakannya Mohd Bunyamin Omar untuk mengikuti latihan selama dua minggu di Stamford Bridge.

Keturunan

Baddrol dilahirkan di Sarawak tetapi ibu bapanya berasal dari kampung di Tanjung Ipoh daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bapanya berasal dari Kampung Gemetir manakala ibunya Kampung Baru Lanjut Manis, kedua-duanya di Tanjung Ipoh, Terachi. Bapanya berketurunan Melayu-Minangkabau manakala ibunya Melayu-Mandailing. Bapanya bertugas sebagai askar dan pernah berkhidmat di Sarawak dan terakhir di Sungai Petani dan seterusnya menetap di Sungai Petani.