Bahasa-bahasa_Austroasia
Bahasa-bahasa_Austroasia

Bahasa-bahasa_Austroasia

Rumpun bahasa Austroasia (yang secara harafiahnya bererti “Asia Selatan”) ialah sebuah rumpun keluarga merangkumkan seberapa bahasa yang dipertuturkan di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Antara bahasa yang termasuk rumpun bahasa ini, hanya bahasa-bahasa Vietnam, Khmer, dan Mon yang mempunyai catatan sejarah yang panjang. Bahasa Vietnam dan bahasa Khmer mempunyai kedudukan bahasa rasmi (masing-masing di Vietnam dan Kemboja), sementara bahasa-bahasa Santali dan Khasi masing-masing berstatus bahasa rasmi di tahap negara bahagian sahaja di India. Bahasa lain daripada rumpun ini dipertuturkan oleh sekelompok kecil masyarakat.Rumpun bahasa Austroasia tersebar secara terpisah-pisah di India, Bangladesh, dan Asia Tenggara, dipisahkan oleh daerah di mana bahasa-bahasa lain dituturkan. Dipercayai secara meluas bahawa rumpun bahasa Austroasia merupakan bahasa asli daerah di Asia Tenggara dan bahagian timur anak India dan rumpun bahasa lain di daerah itu termasuk Indo-Eropah, Tai-Kadai, Dravidia, dan Sino-Tibet, ialah hasil perpindahan manusia yang terjadi (Sebagai contoh, ada perkataan bahasa Austroasia dalam rumpun bahasa Tibeto-Burma di Nepal timur). Beberapa ahli bahasa telah mencuba membuktikan bahawa rumpun bahasa Austroasia berkeluarga dengan rumpun bahasa Austronesia, sehingga membentuk rumpun besar Austrik.