Bahasa-bahasa_Cam

Bahasa-bahasa Cam ialah sekumpulan sepuluh bahasa yang dituturkan di Aceh (Sumatera, Indonesia) dan di bahagian Kemboja, Thailand, Vietnam, dan Hainan, China . Bahasa-bahasa Cam ialah subkumpulan bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu dalam keluarga Austronesia. Leluhur subkeluarga ini, bahasa Cam Proto, dikaitkan dengan budaya Sa Huỳnh, yang penuturnya tiba di kawasan yang kini dikenali sebagai Vietnam dari Borneo atau mungkin Semenanjung Tanah Melayu.[2]Selepas bahasa Aceh, dengan 3.5 juta orang penutur, bahasa Carai dan bahasa Cam merupakan bahasa-bahasa rumpun ini yang paling banyak digunakan, dengan kira-kira 230,000 dan 280,000 orang penutur masing-masing di Kemboja dan Vietnam. Bahasa Ucat ialah bahasa yang paling utara dan paling kurang dituturkan dengan hanya 3000 orang penutur.