Bahasa_Cam

Bahasa Cam ialah bahasa Orang Cam di Asia Tenggara, dan bahasa bekas kerajaan Campa di Vietnam tengah. Salah satu anggota cabang Melayu-Polinesia daripada keluarga bahasa-bahasa Austronesia, bahasa ini dituturkan oleh 100,000 orang dan di Vietnam dan sehingga 220,000 orang di Kemboja (anggaran 1992). Ada populasi kecil penutur di Thailand dan Malaysia. Bahasa-bahasa Camik lain dituturkan di Vietnam (Raglai, Rhade, Jarai, Chru, H'roi) dan di Pulau Hainan di China (Tsat). Bahasa Cam mempunyai kaitan dengan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia di Indonesia, Malaysia, Madagaskar, dan Filipina. Bahasa ini pernah mempunyai takat lebih luas dan mungkin bilangan penutur lebih besar kerana merupakan bahasa utama empayar Campa.

Bahasa_Cam

Asli di Kemboja, Vietnam, Thailand, China (Pulau Hainan), beberapa buah negara engan imigran terkini
Sebutan akan ditambah
Dialek
Cam Barat (204,000)
Cam Timur (73,000)
Sistem penulisan Abjad Cam (Vietnam), Arab (Kemboja)
Bahasa rasmi di tiada, diakui sebagai bahasa minoriti di Kemboja dan Vietnam
Penutur asli 250,000  (2007)e17
Keluarga bahasa
ISO 639-3 Either:
cja — Cam Barat
cjm — Cam Timur