Fonologi Bahasa_Burma

Transkripsi dalam bahagian rencana ini diberi dalam Huruf Fonetik Antarabangsa.

Konsonan

BibirGigiAlveolarPostalveolar
dan Lelangit
Velum dan
Bibir-velum
GlotisTidak bertempat
Plosif dan afrikatpʰ p btʰ t dtʃʰ tʃ dʒkʰ k gʔ 
Nasalm̥ mn̥ nɲ̥ ɲŋ̊ ŋ N
Frikatif θ (ð)sʰ s zʃ h 
Anggaran (r)j(ʍ) w 
Anggaran lateral l̥ l 

Konsonan /r/ jarang sekali, dan hanya terdapat dalam nama tempat yang mengekalkan sebutan bahasa Sanskrit atau Pali (cth. Amarapura, yang disebut [àməra̰pùra̰]) dab juga dalam perkataan pinjaman dari bahasa Inggeris. Mengikut sejarah, /r/ menjadi /j/ dalam bahasa Burma, dan sering diganti oleh /j/ di kata pinjaman bahasa Pāli, cth. ရဟန္တာ (ra.hanta) /jəhàNdà/ "sami", ရာဇ (raja.) /jàza̰/ "raja". Kadang-kala konsonan /r/ diganti dengan /l/, seperti dalam kata pinjaman bahasa Pali untuk "haiwan" တိရစ္ဆာန္‌ (ti.rac hcan), yang boleh disebut [təreiʔ sʰàn] atau [təleiʔ sʰàn]. Begitu juga, /ʍ/ jarang dan sudah lenyap dari bahasa Burma moden, kecuali dalam transkripsi nama-nama asing. [ð] juga jarang, kecuali sebagai alofon bersuara bagi /θ/.

Bunyi-bunyi /pʰ, p/ sering disebut seperti /b/, /kʰ, k/ seperti /g/, /tʃʰ, tʃ/ seperti /dʒ/, dan /sʰ, s/ seperti /z/ dalam kata majmuk. Bunyi /dʒ/ yang menyusuli akhiran konsonan nasal boleh menjadi bunyi /j/. Contohnya, အင္က္ယီ ang kyi "blaus" boleh disebut /èiNdʒí/ atau /èiNjí/.

Konsonan nasal tidak bertempat /N/ direalisasikan sebagai penyengauan vokal sebelumnya atau homorganik sengau bagi konsonan selepasnya; maka /mòuNdáiN/ "ribut" disebut [mõ̀ũndã́ĩ].

Vokal

MonoftongDiftong
HadapanBelakangGeluncuran luar hadapanGeluncuran luar belakang
Tertutupiu
Sederhana tutupeoeiou
Sederhanaə
Sederhana-terbukaɛɔ
Terbukaaaiau

Monoftong /e/, /o/, /ə/, dan /ɔ/ hanya terdapat dalam suku kata terbuka (yang tanpa koda suku kata/konsonan penutup); diftong /ei/, /ou/, /ai/, dan /au/ hanya terdapat dalam suku kata tertutup (yang ada koda suku kata).

Nada

Bahasa Burma ialah sebuah bahasa berasaskan nada, iaitu kontras fonem boleh dihasilkan mengikut nada sesuatu bunyi vokal. Dalam bahasa Burma, kontras-kontras ini bukan sahaja melibatkan pic, bahkan juga fonasi, kekuatan, jangka masa, dan sifat vokal. Terdapat empat nada berbeza dalam bahasa Burma. Dalam jadual berikut, nada-nada ini ditunjukkan sebagai tanda pada vokal /a/ sebagai contoh; huraian fonetiknya dari Wheatley (1987)

Tone nameSymbol
(shown on a)
Description
Rendah (နိမ္‌့သံ)àFonasi normal, jangka masa sederhana, kekuatan rendah, pic rendah (selalunya naik sedikit)
Tinggi (တက္‌သံ)áKadang-kala mengah sedikit, lebih panjang, kekuatan tinggi, pic tinggi; selalunya disusuli penurunan sebelum berjeda
Berkerik-kerik (သက္‌သံ)Fonasi tegang atau berkerik-kerik (kadang kala dengan hentian glotis), jangka masa sederhana, kekuatan tinggi, pic tinggi (selalunya turun sedikit)
Tehenti (တုိင္‌သံ)Sifat vokal berpusat, diakhiri hentian glotis, jangka masa singkat, pic tinggi (dalam penyedutan; berbeza-beza mengikut konteks)

Contoh, perkataan-perkataan berikut dibezakan sesama sendiri hanya berdasarkan nada:

  • Rendah /kʰà/ 'menggoncang'
  • Tinggi /kʰá/ 'menjadi pahit'
  • Berkerik-kerik /kʰa̰/ 'yuran'
  • Terhenti /kʰaʔ/ 'berundur'

Dalam suku-suku kata yang berakhir dengan /N/, tidak terdapat nada terhenti:

  • Low /kʰàN/ 'menjalani'
  • High /kʰáN/ 'menjadi kering'
  • Creaky /kʰa̰N/ 'melantik'

Struktur suku kata

Struktur suku kata bahasa Burma ialah C(G)V((V)C), iaitu permulaan suku kata terdiri daripada konsonan yang boleh disusuli satu geluncuran, dan rima pula terdiri daripada satu monoftong sahaja, satu monoftong bersama satu konsonan, atau satu diftong dengan satu konsonan. Konsonan-konsonan yang boleh terdapat dalam koda (penutup) ialah /ʔ/ dan /N/. Contohnya:

  • CV /mè/ 'gadis'
  • CVC /mɛʔ/ 'mendambakan'
  • CGV /mjè/ 'tanah'
  • CGVC /mjɛʔ/ 'mata'
  • CVVC /màuN/ (panggilan untuk lelaki muda)
  • CGVVC /mjáuN/ 'longkang'

Suku kata yang vokalnya /ə/ menghadapi beberapa batasan, iaitu:

  • semestinya terbuka (tiada konsonan penutup)
  • tiada bernada
  • konsonan pembukanya hanya tunggal (tiada geluncuran selepas konsonan itu)
  • tidak boleh dijadikan suku kata terakhir perkataan

Contoh perkataan yang mempunyai suku kata berfonem /ə/:

  • /kʰə.louʔ/ 'tombol'
  • /pə.lwè/ 'seruling'
  • /θə.jɔ̀/ 'mempersenda'
  • /kə.lɛʔ/ 'sewenang-wenang'
  • /tʰə.mə.jè/ 'air beras'