Bahasa_Ibrani_Misynah
Bahasa_Ibrani_Misynah

Bahasa_Ibrani_Misynah

Bahasa Ibrani Misynah ( לשון חז"לcode: he is deprecated " Bahasa Pendeta") ialah bahasa Ibrani yang digunakan dalam teks-teks Talmud. Bahasa Ibrani Misynah boleh dibahagikan kepada bahasa Ibrani Misynah (juga dipanggil Ibrani Tanna, Ibrani Rabai Awal, atau Ibrani Misynah I), yang merupakan bahasa pertuturan, dan Ibrani Amora (juga dipanggil Ibrani Rabai Akhir atau Ibrani Misynah Kedua), digunakan sebagai bahasa kepustakaan sahaja.Bahasa Ibrani Misynah, atau bahasa Ibrani Rabai Awal, merupakan salah satu bahasa turunan langsung Ibrani Alkitabiah yang terpelihara selepas orang Yahudi menjadi tawanan Babylonia, dan dirakamkan oleh pendeta-pendeta Yahudi yang menulis Misynah dan kitab-kitab yang sezaman dengannya.Bentuk peralihan bahasa ini dapat dilihat dalam karya-karya kepustakaan Tanna yang berasal dari zaman Misynah siap. Antaranya ialah midrasy halakh (seperti Sifra, Sifre, Mekhilta oleh Rabai Ismael dsb.) dan bahan-bahan yang berkaitan dengan Misynah yang dipanggil Tosefta. Talmud memetik karya-karya ini, serta bahan-bahan Tanna selanjutnya yang tidak dijumpai di tempat lain; petikan-petikan ini umumnya dipanggil baraita. Bahasa semua karya ini sangat mirip dengan bahasa Ibrani Misynah.Kebanyakan bahasa Ibrani Misynah ditemui dalam sumber-sumber dari abad pertama hingga keempat, sepadan dengan zaman Rom selepas pemusnahan Bait Suci Kedua dalam Pengepungan Baitulmaqdis (70 TM). Ia berkembang dengan pengaruh bahasa Aram Pertengahan.[1] Juga dipanggil bahasa Ibrani Tanna atau Ibrani Rabai Awal, majoritinya terdiri daripada Misynah (משנהcode: he is deprecated , diterbitkan sekitar tahun 200) dan Tosefta dalam Talmud, dan beberapa Naskhah Laut Mati, terutamanya Lembaran Tembaga dan Surat Bar Kokhba.Ahli arkeologi Naskhah Laut Mati, Yigael Yadin, menyebut bahawa tiga dokumen Bar Kokhba yang beliau dan pasukan beliau temui di Gua Surat-surat ditulis dalam bahasa Ibrani Misynah[2] dan Simon bar Kokhba yang menghidupkan semula bahasa Ibrani dan menjadikannya bahasa rasmi negara semasa pemberontakan Bar Kokhba (tahun 132–135). Yadin juga mencatatkan tentang peralihan daripada bahasa Aram ke bahasa Ibrani di Yudea semasa pemberontakan Bar Kokhba:Sigalit Ben-Zion berkata, "Perubahan ini nampaknya berlaku kerana perintah yang diberikan oleh Bar Kokhba, yang ingin menghidupkan semula bahasa Ibrani dan menjadikannya bahasa rasmi negeri."[4]Walau bagaimanapun, tidak sampai satu abad selepas Misynah diterbitkan, bahasa Ibrani mula tidak digunakan sebagai bahasa pertuturan. Satu komponen Talmud yang dipanggil Gemara (גמראcode: he is deprecated , sekitar 500 TM di Mesopotamia Hilir), serta Talmud Baitulmuqaddis terdahulu yang diterbitkan antara tahun 350 dan 400, umumnya mengulas tentang Misynah dan Baraitot dalam bahasa Aram. Namun begitu, bahasa Ibrani tetap bertahan sebagai bahasa keagamaan dan pustaka dalam bentuk bahasa Ibrani Amora yang datang kemudian, yang kadangkala terdapat dalam teks Gemara.Sudah ada persetujuan umum bahawa terdapat dua zaman utama bahasa Ibrani Rabai (IR). Yang pertamanya, yang bertahan sehingga akhir era Tanna (sekitar tahun 200), menggunakan (IR) sebagai bahasa pertuturan yang sedikit demi sedikit berkembang menjadi medium kepustakaan, yang dalam bahasanya Misynah, Tosefta, baraitot dan midrashim Tanna akan digubah. Peringkat kedua bermula dengan Amora, ketika mana IR digantikan dengan bahasa Aram sebagai bahasa pertuturan dan hanya hidup sebagai bahasa kepustakaan.[5]