Morfologi Bahasa_Ibrani_Misynah

Bahasa Ibrani Misynah mempunyai pelbagai perbezaan daripada bahasa Ibrani Alkitab, sesetengahnya sudah pun ada dalam Naskhah Laut Mati. Beberapa daripadanya, tetapi tidak semua, dikekalkan dalam bahasa Ibrani Moden.

Untuk menyatakan pemilikan, bahasa Ibrani Misynah menggunakan binaan analitik yang menggunakan שלcode: he is deprecated 'kepunyaan'.[6]

Bahasa Ibrani Misynah tidak mempunyai konsekutif wau, iaitu huruf vav (ו) ditambahkan pada awal kata kerja untuk menandakan perbuatan berturutan dalam kala lampau atau kelak.

Kala lampau dinyatakan sama seperti dalam bahasa Ibrani Moden. Contohnya, Pirqe Avoth 1:1: משה קיבל תורה מסיניcode: he is deprecated “Musa (telah) menerima Taurat dari Sinai”.

Kala lampau berterusan dinyatakan menggunakan kopula kala lampau + partisipel, tidak seperti Ibrani Alkitab. Contohnya, Pirqe Avoth 1:2: הוא היה אומרcode: he is deprecated "Dia sering berkata".

Kala kini dinyatakan dengan bentuk yang sama seperti dalam bahasa Ibrani Moden, dengan menggunakan partisipel (בינוניcode: he is deprecated , 'binyan'). Contohnya, Pirqe Avoth 1:2 על שלושה דברים העולם עומדcode: he is deprecated "Dunia ini ditampung oleh tiga perkara", har. "Di atas tiga perkara dunia sedang berdiri".

Kala kelak boleh dinyatakan dengan עתידcode: he is deprecated (atid) + infinitif. Contohnya, Pirqe Avoth 3:1: ולפני מי אתה עתיד ליתן דין וחשבוןcode: he is deprecated , 'Di hadapan-Nya kamu ditakdirkan memberi keterangan dan perhitungan'. Namun, berbeza dengan Ibrani Moden tetapi seperti Aram yang sezaman dengannya, partisipel aktif kala kini boleh juga menyatakan kala kelak.[6] Bentuk partisipel aktif ini sering menggantikan bentuk kata kerja yang tidak sempurna (awalan) apabila menunjukkan tindakan masa hadapan.

Bentuk tidak sempurna (awalan), yang digunakan untuk kala kelak dalam bahasa Ibrani moden, mengungkapkan imperatif (arahan), kehendak atau makna yang serupa dengannya dalam bahasa Ibrani Misynah (bentuk awalannya juga digunakan untuk menyatakan perintah dalam Ibrani Moden). Contohnya, Pirqe Avot 1:3: הוא היה אומר, אל תהיו כעבדים המשמשין את הרבcode: he is deprecated "Dia akan berkata, jangan jadi seperti hamba-hamba yang melayani tuan...", har. "...kamu tidak akan...". Penggunaan bentuk yang tidak sempurna menambahkan erti arahan atau nasihat, walaupun secara harfiahnya ia merujuk masa depan.