Fonologi Bahasa_Jepun

Konsonan

BibirGigiGusiBelakang gusiLelangitVelumGlotisTidak
bertempat
Sengaumn
Hentianp    bt    dk    gQ
Kibasanɺ̠
Geseranɸs    zh
Afrikatts
Aproksimanjɰ
  • Plosif tidak bersuara /p, t, k/ disedut sedikit: kurang berbanding plosif bahasa Inggeris, lebih berbanding plosif bahasa Melayu. Plosif bersuara /b, g/ tidak sentiasa mencapai oklusi penuh, kadang-kadang dihasilkan sebagai frikatif atau anggaran. /g/ dihasilkan sebagai [ŋ] dalam kebanyakan dialek (hanya antara vokal), terutamanya di Jepun timur.
  • /t, d, n/ ialah konsonal apical dan denti-alveolar (maksudnya, hujung lidah menyentuh bahagian belakang gigi atas dan bahagian hadapan permatang alveolar). Sebelum /i/, bunyi-bunyi ini berupa alveolo-palatal; sebelum /u/ pula menjadi alveolar.
  • /s, z/ ialah bunyi laminal alveolar. Sebelum /i/, bunyi-bunyi ini menjadi alveolo-palatal.
  • /r/ (ditranskripsi sebagai ɺ̠) ialah kibasan postalveolar lateral apical postalveolar flap. Konsonan ini serupa dengan r bahasa Korea. Dalam telinga penutur bahasa Melayu, sebutannya seakan-akan antara r yang dikibas /ɾ/ , l, dan d; paling serupa dengan d sebelum /i/  listen (bantuan·maklumat); dan paling serupa dengan l sebelum /o/  listen (bantuan·maklumat).
  • Konsonan velar mampat /ɰ/ pokoknya (asasnya) merupakan versi bukan moraik bagi bunyi vokal /ɯ/. Konsonan ini tidak bersamaan dengan IPA [w] kerana disebut dengan pemampatan dan bukan pembulatan lidah.
  • N ialah bunyi nasal moraik, iaitu konsonan sebelum konsonan lain, yang mana konsonan ini menjadi homorganik dengan konsonan seterusnya, tetapi tidak mencapai oklusi sepenuhnya sebelum frikatif atau antara vokal, di mana timbulnya bunyi vokal sengau. Sebagai akhiran perkataan sebelum rehat, konsonan N menjadi konsonan sengau uvular atau bibir, atau vokal sengau.
  • h menjadi [ç] sebelum /i/  listen (bantuan·maklumat), dan menjadi [ɸ] sebelum /u/  listen (bantuan·maklumat).
  • Q direalisasikan sebagai separuh awal obstruen geminat. Analisis lain yang kurang abstrak lebih gemar menganggap Q sebagai gugusan konsonan geminat yang asas, contoh: /pp/, /tt/, /ss/, dll.

Vokal


Bahasa Jepun mempunyai 5 bunyi hidup iaitu /a/, /i/, /u/, /e/, dan /o/.

Sebutan vokal bahasa Jepun seakan-akan bahasa Melayu.Contohnya:

  • /a/ seperti "anak"
  • /i/ seperti "ibu"
  • /ɯ/ seperti "urut"
    (tetapi bibir tidak dibulatkan)
  • /e/ seperti "esok"
  • /o/ seperti "obor"