Bahasa_Jepun
Bahasa_Jepun

Bahasa_Jepun

Bahasa Jepun (日本語, Nihon-go) ialah bahasa rasmi negara Jepun dan dituturi 125 juta orang.Bahasa Jepun juga digunakan oleh sebilangan rakyat dari negara yang pernah ditaklukinya seperti Korea dan Taiwan. Ia juga dituturi di Amerika Syarikat (California dan Hawaii) dan Brazil akibat penghijrahan orang Jepun ke sana. Namun keturunan mereka yang dipanggil nisei (二世, generasi kedua), tidak lagi fasih dalam bahasa tersebut.Bahasa Jepun terbahagi kepada dua bentuk iaitu Hyoujungo (標準語), pertuturan baku, dan Kyoutsugo (共通語), pertuturan umum. Hyoujungo ialah bentuk yang diajar di sekolah dan digunakan di televisyen dan segala perhubungan rasmi.Tatabahasa Jepun amat berlainan dengan kebanyakan bahasa lain, kerana ia ialah bahasa Subjek-Objek-Kata kerja iaitu kata kerja selalunya berada di hujung suatu ayat.