Sejarah Bahasa_Tamil

Satu set manuskrip daun palma dari abadke-15 atau ke-16, mengandungi doa Kristian dalam bahasa Tamil.

Tamil ialah salah satu bahasa-bahasa kuno di dunia dengan sejarah yang menjangkau 6000 tahun dan hasil sastera yang berusia lebih 2000 tahun.[1][2][3] Asal-susl bahasa Tamil tidaklah berapa jelas, namun bahasa ini berkembang dan mekar di India sebagai bahasa berdikari yang kaya dengan sastera.[1][4] Lebih 55% daripada catatan epigrafik di India ditemui dalam bahasa Tamil[5] Berbeza daripada di Karnataka dan Andhra Pradesh di mana catatan awal ditulis dalam bahasa Sanskrit, catatan awal di Tamil Nadu hanya menggunakan bahasa Tamil.[6] Bahasa Tamil mempunyai sastera yang tertua di kalangan bahasa Dravidia, tetapi adalah sukar untuk mengukur usia bahasa dan sasteranya secara tepat. Karya sastera di India dipelihara sama ada pada manuskrip daun palma (menandakan salinan berulang-ulang) atau melalui penyampaian oral, mengakibatkan pentarikhan karya-karya tersebut mustahil.[7] Namun begitu, catatan kronologi luaran dan bukti lingustik dalaman menunjukkan bahawa karya-karya paling lama yang masih wujud barangkali disusun lebih kurang antara abad ke-2 SM dan abad ke-10 Masihi.[8][9][10]

Pembuktian epigrafik bahasa Tamil bermula dengan catatan pada batu sejak abad ke-2 SM, ditulis dalam Tamil-Brahmi, iaitu bentuk adaptasi dari skrip Brahmi.[11][12] Teks sastera paling lama yang masih wujud ialah Tolkāppiyam, sebuah karya puisi-pusisi dan nahu yang menerangkan bahasa zaman klasik, iaitu barangkali antara abad pertama SM dan abad ke-10 Masihi.

Pra pengkaji bahasa Tamil membahagikan kesusasteraan dan bahasa Tamil kepada zaman-zaman berikut:[13]

  1. Sangam (300 SM—300 M)
  2. Zaman pasca-Sangam (300—600 M)
  3. Zaman Bhakthi (600—1200 M)
  4. Zaman Pertengahan (1200—1800 M)
  5. Zaman Moden (1800—kini)

Kesusasteraan Sangam mengandungi kira-kira 50,000 baris puisi yang terkandung dalam 2381 puisi yang dihasilkan oleh 473 orang pemuisi termasuk ramai wanita.[14][15] Kebanyakan puisi Sangam juga disesuaikan dengan iringan muzik.[16] Ketika zaman pasca-Sangam, terhasilnya karya-karya penting seperti Thirukkural, serta puisi epik seperti Silappatikaram, Manimekalai, dan Sīvakacintāmani. Zaman Bhakthi dikenali kerana banyak mencurahkan lagu sembahyang diiringi dengan muzik pann, termasuk 9,295 lagu Tevaram mengenai Saivisme dan 4,000 lagu bagi Vaishnavism yang paling dikenali.[17] Zaman pertengahan awal menyaksikan salah satu adaptasi bahasa Tamil yang masyhur bagi epik Ramayana, dikenali sebagai Kampa Ramayanam dan certia 63 Nayanmar yang dikenali sebagai Periyapuranam.