Kebudayaan Bahrain

Rencana utama: Kebudayaan Bahrain

Liberalisasi politik di bawah pemerintahan Raja Hamad bin Isa Al Khalifa didampingi dengan kemahuan yang besar untuk mengkaji sikap sosial masyarakat terdauhulu. Sekarang adalah satu perkara yang biasa untuk mendengar seminar tentang subjek yang tidak pernah didengar sebelum ini seperti masalah rumah tangga, seks, dan penderaan.

Telah diketahui secara umum pada 20 Oktober 2005 yang Michael Jackson sememangnya berhasrat meninggalkan Amerika Syarikat untuk memulakan hidup baru di Bahrain. Micheal Jackson pernah diberitakan yang dia mula merasai keseronokan menjadi rakyat Bahrain. Selebriti lain ialah pemandu Formula Satu, Jenson Button, yang juga mempunyai hartanah di Bahrain, dan penyanyi Shakira.

Bahasa

Bahasa Arab ialah bahasa rasmi Bahrain. Dua dialek utama ialah dialek Arab Baharna, dituturkan oleh masyarakat Syiah Baharna, dan dialek Arab Teluk dituturkan oleh masyarakat Sunah Waljamaah. Bahasa Parsi, Bahasa Urdu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Malayalam juga dituturkan oleh sebahagian daripada populasi Bahrain.

Formula Satu

Bahrain ialah tuan rumah perlumbaan Formula Satu di Timur Tengah. Ia mula menganjurkan Grand Prix Gulf Air pada 4 April 2004 Ini diikuti dengan penganjuran Grand Prix Bahrain pada tahun 2005. Bahrain juga dipilih untuk menganjurkan perlumabaan pertama Grand Prix bagi musim 2006 pada 2 Mac.

Hari cuti umum

TarikhPerayaanSebab
1 JanuariTahun Baru-
1 MeiHari Buruh
16 DisemberHari Kebangsaan-
17 DisemberHari Perlantikan-
tarikh boleh berubahHari Raya Aidiladha (4 hari)Memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim a.s. mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s., berlaku pada akhir bulan Haji
tarikh boleh berubahHari Raya Aidilfitri (3 hari)Meraikan tamatnya bulan Ramadhan
tarikh boleh berubahTahun Baru Hijrah/ Awal MuharramTahun Baru Islam
tarikh boleh berubahAl-Isra' ul-MirajMeraikan peristiwa Isra dan Mi'raj
tarikh boleh berubahHari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.Maulidur Rasul
tarikh boleh berubahAshura (2 hari)