Bajau
Bajau

Bajau

 Malaysia
(SabahIndonesia
(Kalimantan, Sulawesi, Kepulauan Maluku, pesisir pantai Papua BaratBruneiBajau terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lepas dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Manakala di sebelah Pantai Barat pula, mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal sebagai penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah[4] serta penternak.Pada masa yang sama juga, masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies"[5], Panglima Dilaut, Pelaut dan Pelayar Terunggul.”Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah (Darat) yang menetap di daerah seperti Tuaran, Kota Belud dan Papar manakala Orang Bajau Laut pula menetap di daerah seperti Kota Marudu, Kudat, Pitas, Lahad Datu dan Semporna.Suku bajau yang berada di semporna di pecahkan kepada pelbagai sub etnik.Dan salah satu suku etnik asal yang berada di semporna adalah dari etnik bajau Kubang@Kuvang.Oleh kerana etnik Kubang adalah Bajau yang terawal di tongtalun oleh itu Pemimpin kubang mengklasifikasi diri mereka bahawa Tiada kaitan secara langsung dengan Rumpun dari Filipina oleh kerana mereka Mengatakan bahawa tidak pernah terikat dengan Pemerintahan kesultanan Sulu dahulu yg pernah menaungi Semporna.Dan situasi ini pula berbeza dengan Rumpun Bajau Yang lain seperti Bajau Simunul,Ubian,Balangingi,Kagayan,Bannaran yang mana keberkaitan mereka kepada rumpun Filipina Masih kuat apatah lagi semasa era pemerintahan Kesultanan Sulu Dahulu.Bajau Samah yang berasal dari daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat dikenali di seluruh dunia sebagai 'koboi Timur' kerana kemahiran dan kecekapan mereka menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain itu, mereka juga pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai diperturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Iranun di Kota Belud. Pedang Samurai dari Kota Belud amat tinggi mutunya dan senang diperolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berlainan dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisional, pemakanan, adat resam dan budaya hidup, mereka adalah sangat berlainan. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat dalam pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.