Rekreasi Bandar_Baru_Nilai

Dataran Nilai

Dataran Nilai

Dataran Nilai menjadi mercu tanda baru kawasan Majlis Perbandaran Nilai dengan terdirinya Menara Jam. Dataran Nilai lebih menampakkan ciri Negeri Sembilan dengan pembinaan pusat kraftangan yang menonjolkan binaan seperti rumah di Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.

Dataran Nilai turut menyediakan padang permainan kanak-kanak dan padang bola untuk kegunaan orang ramai yang boleh memohon melalui Majlis Perbandaran Nilai. Selain itu terdapat juga bangunan kraftangan, mini amphitheater, pentas, tempat letak kereta, pondok bas dan sebagainya.

Dataran Nilai ini menjadi pilihan keluarga pada hujung minggu kerana ia terletak di tengah bandar. Ia juga mungkin boleh dijadikan alternatif kepada warga Kuala Lumpur yang mahukan pemandangan baru.[1]

Taman Awam Nilai

Taman Awam Nilai

Taman Awam Nilai dalam kawasan Majlis Perbandaran Nilai adalah unik kerana dihiasi mural enam Perdana Menteri Malaysia. Mural yang diperbuat daripada batu granit, turut diselitkan maklumat latar belakang pemimpin negara bagi pengetahuan orang ramai yang bertandang. Taman Awam Nilai juga dikenali sebagai laman dwifungsi berikutan peranannya sebagai tempat beriadah, mendapatkan ketenangan menerusi susunan pepohon dan paling penting, mendidik generasi muda mengenai pemimpin negara.[2]