Lokasi-lokasi Bandar_Karakura

Lokasi-lokasi yang penting di Bandar Karakura termasuklah Kedai Runcit Urahara (atau Urahara Shop), Sekolah Menengah Karakura, Hospital Karakura (dibawah pengawasan Ishida Ryūken) dan Klinik Keluarga Kurosaki.

Sekolah Menengah Karakura

Sekolah Menengah Karakura (ataupun Karakura High School) ialah sebuah sekolah menengah di mana kebanyakan daripada kejadian awal dalam Bleach berlaku. Setiap satu protagonis asal siri ini belajar di sekolah ini. Sewaktu babak Arrancar, Abarai Renji, Hitsugaya Tōshirō, Matsumoto Rangiku, Madarame Ikkaku dan Ayasegawa Yumichika belajar di sekolah ini juga, menyamar sebagai pelajar-pelajar sebenar.

Hospital Karakura

Hospital Karakura (ataupun Karakura Hospital) dimiliki oleh Ishida Ryūken. Dalam siri anime, hospital ini merupakan kawasan pertarungan di antara para protagonis siri ini dengan ahli golongan Bount iaitu Hō dan Ban. Di bawah tanah, terdapat sebuah kawasan latihan istimewa yang dibina Ryūken untuk membantu anaknya Uryū untuk mendapat semula kuasa Quincynya.

Klinik Keluarga Kurosaki

Klinik Keluarga Kurosaki (ataupun Kurosaki Family Clinic ) ialah sebuah klinik dimiliki oleh Kurosaki Isshin, yang dibantu oleh kedua-dua anak perempuannya, Yuzu dan Karin. Klinik ini juga merupakan tempat tinggal keluarga mereka. Inoue Sora, abang kepada Inoue Orihime, meninggal dunia di dalam klinik ini. Sado Yasutora juga pernah menjadi pesakit di sini, selepas diserang oleh hollow.

Sekolah Menengah Rendah Mashiba

Sekolah Menengah Rendah Mashiba (ataupun Mashiba Junior High School, Mashiba Chūgakkō) ialah sebuah sekolah menengah rendah di mana Kurosaki Ichigo dan Sado Yasutora pernah belajar. Sekolah ini terletak di kawasan Mashiba.

Kedai Runcit Urahara

Kedai Runcit Urahara (ataupun Urahara Shop, Urahara shōten) ialah sebuah kedai menjual gula-gula yang dimiliki Urahara Kisuke. Kedai ini turut menjual barang-barang shinigami dan bertindak sebagai sebuah pangkalan separa tentera untuk para protagonis siri ini - sesetengah daripada mereka berlatih di sini, manakala sebahagian yang lain dimasukkan untuk disembuhkan. Kedai ini mempunyai sebuah "tempat belajar" bawah tanah yang sangat besar, mengambil rupa sebenar kawasan latihan Urahara dan Yoruichi di Soul Society. Menurut Tite Kubo, kedai runcit ini menjual sejenis gula-gula yang sangat istimewa dan jarang ditemui, iaitu "Gula-gula Ruang" (Space Candy). Dia berkata, "Daripada namanya, bunyinya seperti sejenis gula-gula dengan rasa yang pelik, namun di dalamnya hanyalah gula-gula berperisa kola."[4]