Sejarah Bani_Khazraj

Sejarah awal

Abu Muhammad Al-hasan Ibn Ahmad al-Hamdani menyatakan bahawa Bani Khazraj, bersama-sama Bani Aws, menduduki kawasan berdekatan Yathrib pada lebih kurang abad Kedua Masihi sebagai sebahagian pemindahan Arab dari Yaman berikutan kerosakan Empangan Agung.

Selepas penempatan mereka di madinah dilaporkan bahawa kedua-dua suku beasr ini bertelagah dan bermusuhan. Sumber Yahudi menyatakan bahawa mereka berperang satu sama lain dalam Pertempuran Bu'ath beberapa tahun sebelum Nabi Muhammad (SAW) berhijrah ke Madinah.[1]

Ada tiga suku besar Yahudi yang menetap di Madinah pada masa itu: Bani Qainuqak, Banu Nadhir dan Bani Quraizah.

Dalam persengketaan Aws – Khazraj, Bani Nadhir dan Bani Quraizah berjuang di sebelah Banu Aws, sementara Bani Qainuqah menyokong Khazraj. Bani Khazraj ditewaskan Aws selepas pertempuran sengit dan berpanjangan.[1].

Hijrah — 622 M

Lihat juga: Hijrah

Nabi Muhammad bertindak sebagai orang tengah dan pendamai selepas dijemput kedua-dua pihak untuk membantu mengakhirkan pertelingkahan antara Aws dan Khazraj. Baginda berjaya melakukannya dan kemudiannya kedua-dua pihak diserap menjadi umat Islam.

Bani Aws termasuk dalam Fasal 30-31 Sahifat al-Madinah sebagai sekutu Muslim sebagai 'satu umat dengan Mukmin'.[2][3] After this, Banu Khazraj dan yang lain di Madinah dikenali sebagai Ansar.

Namun Abdullah bin Ubai, ketua Khazraj,[4] berkomplot menentang Nabi Muhammad.[5]