Bani_Tamim

Bani Tamim (Bahasa Arab: بنو تميم‎) adalah salah satu suku Arab terbesar dan paling banyak tersebar di Semenanjung Arab, pantai Mediterranean timur, dan Iraq.[1] Bani Tamim terbahagi kepada beberapa suku kaum, antara lain Zaid Manah, Hanzalah, Rayah, Kulaib, Yarbu', Nihsyal, dan Majasya'.[2] Di antara puak yang terkenal pada masa ini adalah keluarga Emir Al Thani, yang memerintah Qatar.[1]Bani Tamim adalah keturunan dari Tamim bin Murr, yang merupakan anak kepada Ad, salah satu keturunan Elyas bin Mudar, yang tidak lain adalah nenek moyang Nabi Muhammad.[2] Pada zaman pra-Islam, mereka menetap di Nejd, Yamamah, Bahrain, hingga lembah Furat.[2] Bani Tamim masuk Islam tahun 2 AH.[2] Pada masa kekhalifahan Abu Bakar, sebahagian Bani Tamim luput dan enggan membayar zakat, kerana perkataan-perkataan Sajah binti al-Harith dan Musailamah al-Kazzab, yang mendakwa diri mereka sebagai nabi.[3] Khalid bin al-Walid dengan tentera Islam dihantar untuk mengubah minda Bani Tamim, yang mengakibatkan perang dan sekumpulan Bani Tamim terbunuh; namun kebanyakan daripada mereka kemudian kembali kepada Islam.[3]Pada masa penyebaran Islam selanjutnya, Bani Tamim adalah antara suku yang dihantar oleh Umar bin al-Khattab untuk menakluk Iraq, Parsi dan Khurasan, dan sejak itu bertaburan di kawasan itu.[2][4] Ada juga yang telah dihantar untuk menakluk Afrika Utara, di mana puak tertentu menjadi kuat dan berkuasa di Tunisia, iaitu dinasti Bani Aghlab.[2][5]