Pra-sejarah Barbar

Lukisan Hoggar

Wilayah Maghreb di barat laut Afrika dipercayai telah didiami oleh kaum Barbar sekurang-kurangnya sejak 10,000 SM.[34] Lukisan-lukisan di gua tempatan, yang mana bertarikh 12 milenia sebelum masa sekarang, telah ditemui di wilayah Tassili n'Ajjer di selatan Algeria. Seni batu lain dapat ditemui di Tadrart Acacus di padang pasir Libya. Sebuah masyarakat neolitik, dengan kewujudan pembelajinakan dan pertanian sara hidup, dibangunkan di wilayah Sahara dan Mediterranean (di Maghreb) yang terletak di utara Afrika antara tahun 6000 dan 2000 SM. Jenis kehidupan ini, yang banyak digambarkan dalam lukisan gua di Tassili n'Ajjer yang terletak di tenggara Algeria, lebih banyak dijumpai di Maghreb sehingga zaman klasik. Skrip pra-sejarah Tifinagh juga ditemui di wilayah Oran.[35] Semasa era pra-Rom, beberapa negeri bebas (Massylii) wujud sebelum Raja Masinissa menyatukan rakyat Numidia.[36][36][37][38][39][40]